NGO dan pemimpin pelbagai agama telah mengemukakan 8 deklarasi yang diputuskan mereka kepada 13 ketua parti yang akan bertanding dalam PRU15 ini antaranya calon yang dipilih mestilah berintegriti dan bebas rasuah.
Ketua parti juga diingatkan berhati-hati dalam memilih calon ini bagi memastikan calon yang diketengahkan juga seorang yang berwibawa dan tidak menyalahgunakan kuasa.
Dalam pada itu, pengundi pula dalam menunaikan tanggungjawab ini hendaklah menolak calon yang terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa dan yang mempamerkan kekayaan yang luar biasa.
Ini merupakan salah satu daripada lapan deklarasi yang telah dianjurkan oleh pemimpin dan penganut pelbagai agama baru-baru ini.
Deklarasi ini akan diutus kepada semua ketua parti politik menjelang penamaan calon pada 5 November nanti.
Seramai lapan orang daripada lapan pertubuhan telah membentangkan huraian lanjut daripada setiap deklarasi iaitu:
Deklarasi 1 – Keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang oleh Cor Episcopa Philip Thomas (CFM)
Deklarasi 2 – Pengasingan kuasa antara cabang-cabang Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman oleh Eow Shiang yen (YBAM)
Deklarasi 3 – Pemisahan kuasa antara Pendakwa Raya Negara dan Peguam Negara oleh Sardar Jagir Singh (GMC)
Deklarasi 4 – Institusi dan agensi semak imbang dan penguatkuasaan bebas, tegas dan berintegriti oleh Hj Shahrul Aman Mohd Saari (IKRAM)
Deklarasi 5 – Pengundi diberi maklumat dan fakta yang secukupnya oleh Jason Leong (ANCOM)
Deklarasi 6 – Pilihan raya dijalankan dengan telus dan adil Mohd Khairul Anwar Ismail (ABIM)
Deklarasi 7 – Debat terbuka oleh Hj Ir Jamaludin Shamsudin (ACCIN)
Deklarasi 8 – Calon-calon yang berintegriti dan kompeten oleh Ahmad Farhan Rosli (PKPIM)
Deklarasi kelapan ini penting? Asas kepada pemilihan dalam PRU itu sendiri adalah meletakkan calon untuk dipilih oleh rakyat.
Maka calon pemimpin yang berwibawa iaitu berkemampuan, jujur dan amanah sangat penting kerana mereka inilah yang akan melaksanakan dan menguruskan pasukan mereka yang terdiri daripada pelbagai kementerian kelak.
Ketika ini negara sekarang sedang menghadapi fasa yang sangat kritikal kerana rasuah telah membarah sehingga Malaysia kini berada dalam kategori antara negara yang mempunyai rasuah yang tertinggi di dunia.
Selagi parti politik tidak memberikan perhatian terhadap calon yang bersih, berintegriti dan berwibawa, rakyat tidak akan dapat membuat pilihan yang terbaik. Perlu muncul sebuah parti yang ikhlas, jujur dalam perjuangan mereka untuk mengambil tampuk pemerintahan negara.
Baca juga: Elon Musk mengawal Twitter bertindak pecat CEO, dan 2 eksekutif lain
Baca juga: Kanak-kanak 12 tahun meraung minta tolong, orang ramai hanya rakam tapi tak bantu langsung