Niat seorang wanita yang mahu mengganggu rakan disebelahnya dengan ular plastik akhirnya menyebabkan kekecohan dalam pejabat.
Aksi lucu tersebut dirakam Zuhaila Zainal menerusi akaun Tiktok @DorobouNeko.
Dalam video tersebut dapat dilihat dia memberi kepada rakannya ular tersebut namun mungkin akibat terlalu takut, rakannya melempar pula mainan itu.
Akibatnya, satu pejabat dihiasi dengan jeritan rakan pejabat lain yang semestinya terkejut dengan kehadiran ‘ular’.
Tidak menunggu lama, wanita tersebut bergegas bangun untuk mengambil mainan itu sebelum meminta maaf kepada rakan lain.
“Salah faham, salah faham, kami main dengan Nurul tapi dia campak pula,” katanya sambil berulang kali memohon maaf.
Warganet terhibur dengan gelagat mereka apatah lagi melihat reaksi pemilik video yang kelihatan sangat takut.
“Dia punya takut macam suruh adik senyap lepas buat adik nangis sebab takut mak dengar,” kata @Arapsann.
“Nampaknya yang tukang prank lagi takut daripada Nurul,” tambah Acap.
Tak salah nak bergurau senda dengan rakan di pejabat tapi mungkin boleh guna ‘prank’ yang lebih sesuai.
Kalau guna ‘ular’ rasanya dengan boss pun lari tak cukup tanah.
Baca juga: Wanita muat naik video berbaur perkauman semasa konsert AR Rahman, polis buka kertas siasatan
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio