Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang mewakili Pakatan Harapan (PH) akan ditentang oleh tiga lagi pencabarnya dalam pilihan raya umum ke-15 kali ini.
Beliau yang juga merupakan penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh akan ditentang oleh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh.
Sementara itu dua lagi pencabarnya adalah Muhammad Fawwaz Mat Jan yang mewakili Perikatan Nasional serta Mohd Nasir Othman yang mewakili Gerakan Tanah Air.
Kemeriahan hari penamaan calon bagi Parlimen Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara, Berapit, ternyata meriah dengan warna merah serta kehadiran penyokong seawal 7.30 pagi dengan pelbagai aksi dan ragam.
Baca juga: Tiada masalah ditentang 7 calon di kerusi Kota Raja, Mohamad Sabu sifatkan ia proses demokrasi PRU