Malaysia Dateline

Tiada masalah ditentang 7 calon di kerusi Kota Raja, Mohamad Sabu sifatkan ia proses demokrasi PRU

Tiada masalah ditentang 7 calon di kerusi Kota Raja Mohamad Sabu menyifatkan pertandingan PRU kali ini satu proses demokrasi.

Pengerusi Parti AMANAH itu terus mempertahankan kerusinya dan baginya berdepan 7 lawan saingan tidak menjadi masalah.

Mohamad ketika ditemui selepas pengumuman itu menganggap satu proses demokrasi dalam PRU.

“Meriah demokrasi. Bagi saya tiada masalah ( untuk pertahankan kerusi),” ujarnya dipetik Kosmo.

Mohamad Sabu dicabar D. Kajendran (Barisan Nasional), Mohamed Diah Baharun (Perikatan Nasional), Fahmi Bazlan Muda (Gerakan Tanah Air) dan Sarah Afiqah Zainol (Parti Rakyat Malaysia).

Turut mencabar Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) itu adalah tiga calon bebas yang masing- masing adalah P. Raveentharan, S. Surendhar dan K. Kumar.

Pengumuman itu dibuat Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kota Raja, Mohd. Rashidi Ruslan hari ini.

Mohamad Sabu adalah calon ke-5 Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Kota Raja sebagaimana diumumkan hari ini.

Baca juga: Kesemua calon dari AMANAH layak bertanding PRU15