Malaysia Dateline

OPR naik lagi! Apa yang patut dilakukan pemilik rumah sewa? Lelaki ini kongsi ‘tips win-win situation’

Bank Negara Malaysia bakal mengumumkan keputusan untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas selepas bermesyuarat pada Rabu dan Khamis ini.

Hal ini akan meningkatkan OPR daripada 2.25 peratus kepada 2.5 peratus. Kali terakhir OPR dinaikkan ialah pada 6 Julai lalu.

Kenaikkan OPR ini akan memberi kesan kepada pemilik juga penyewa rumah dan mustahil tuan rumah yang sering dianggap kapitalis tidak naikkan sewaan bulanan jika bank pun naikkan ‘instalment’.

Menurut pengguna Facebook Ihsan Zainal, pada bulan lepas beliau membayar RM1600 lebih, dan pada bulan ini jumlah telah meningkat menjadi RM1822.

OPR naik lagi! Apa yang patut dilakukan pemilik rumah sewa? Ini tipsnya...

Malahan jika OPR dinaikkan lagi pada minggu ini pembiayaannya mungkin mencecah RM2000 pada bulan hadapan.

“Itu sebab kalau cashflow korang yang paras-paras tengkuk yang tak pernah naikkan kadar sewa lebih 3 tahun korang mungkin akan mengalami negative cashflow apabila OPR bakal dinaikkan lagi minggu ni.

“Jadi apa yang patut dilakukan kalau rumah kita disewakan?

“Adakah terus menanggung kerugian dengan topup yang mencecah ratusan ringgit setiap bulan? Sehingga bila pula tu?” soal beliau.

Pada pandangannya pemilik rumah boleh melakukan 5 langkah ini bagi mewujudkan situasi menang-menang untuk kedua-dua pihak iaitu:

1.Kalau hartanah yang telah disewakan melebihi 3 tahun tanpa sebarang kenaikkan kadar sewa bolehlah berbincang atau slowtalk dengan penyewa untuk naikkan sikit sekitar 5%-10%

2.Perjanjian diminimumkan kepada setahun, setahun… kalau sebelum ni korang malas nak renew, mesti korang buat terus 2-3 tahun kan? Namun cons dia korang tak boleh review balik kadar sewa kerana terikat dengan tempoh perjanjian korang tu.

3.Memberi nilai tambah untuk win-win situation kepada penyewa.. kalau sebelum ni korang sewa dengan kadar RM500 mungkin lepas ni nak naikkan kepada RM600.. apa nilai tambah yang korang boleh berikan kepada penyewa? Contoh ekzos fan di dapur ke, kipas di bilik ketiga ke, cuci tangki air 2 tahun sekali ke.. penyewa pun rasa berbaloi.

4.Jika penyewa memohon kurangkan harga, fahami mereka dan cuba untuk memenuhi permintaan mereka, jika minta kurang pun tak perlulah ikut 100%, mungkin 3 bulan pertama bagi je pengurangan.. bermula bulan ke-4 sewa akan ikut semula kadar biasa.

5.Jika melibatkan kerosakan, cara terbaik untuk sama-sama membantu penyewa ialah dengan sama-sama mengeluarkan kos pembaikkan.. walaubagaimanapun pembaikkan ini cuma melibatkan struktur yang tidak boleh disentuh seperti bumbung ke, paip dalam dinding ke…kalau kepala pili air atau lampu rosak tu, penyewalah yang perlu bertanggungjawab.. dah penyewa yang guna setiap hari.

“Kalau waktu MCO ada tuan rumah yang faham dengan mengurangkan kadar sewa atau memberi pengecualian kepada penyewa, dah tibalah masanya penyewa memahami perasaan tuan rumah ketika semua benda nak naik harga hari ini,” tambah beliau.

Justeru katanya, membeli rumah bukan perkara mudah malah ada yang mengikat perut semata-mata mengumpul deposit.

“So jangan kecam mana-mana pihak. Sama-sama kita memahami antara satu sama lain,” katanya.

Baca juga: Masuk showroom BMW berselipar jepun tak dilayan, lepas tabur RM100,000 tunai berebut salesman datang’

Baca juga: Masuk pertandingan suka-suka sahaja, Ifa Raziah tak hadap pun RM100 ribu