‘Orang lama’ ni kreatif lain macam, mesin basuh pun boleh diubah suai jadi sinki

Oleh KIM SYAZIE

Biasalah bila dah lanjut usia dan sudah bosan duduk di rumah, mulalah timbul idea-idea kreatif wanita-wanita di luar sana.

Seorang warga emas tular dek kerana mengubah mesin basuh lamanya yang sudah rosak menjadi singki.

Video tersebut dikongsi di akaun TikTok @huda_jahar mengenai Maklongnya yang sedang membasuh pinggan dalam mesin basuh yang telah siap diubah suai.

Netizen kagum melihat idea dan pemikiran wanita yang sudah berusia ini malah memujinya kerana mereka lebih memilih untuk membuang barang yang rosak dan tidak membaikinya.

Tapi buat wanita yang dikenali sebagai Rokiah ini, tidak kisah biarpun barang tersebut sudah rosak, dia akan mencari jalan untuk tetap menggunakannya.

Netizen mula membanjiri komen di TikTok dengan memuji tindakan Maklong yang diakui sememangnya kreatif.

“Betul tu, ada ja idea orang-orang dulu macam mak saya,” komen Ellia.

“Ya betul, orang-orang lama ni kreatif lain macam. Mak aku peti lama dia buat simpan barang-barang kering,” komen Aishah.

“Kreatif betul, kalau kita dah buang dah. Terbaik maklong,” komen pengguna TikTok.

“Tak membazir, walaupun dah rosak masih boleh guna untuk benda lain lagi,” komen Laila.

Baca juga: Murid tetap tenang jawab peperiksaan ketika banjir, meskipun terpaksa bersila atas kerusi

Baca juga: Wanita berpakaian seperti lelaki di Terengganu boleh dikenakan hukuman bawah Jenayah Syariah