Malaysia Dateline

Orang ramai minta sediakan parkir khas selepas polis keluar saman di highway New Zealand

Highway Temiang-Pantai yang diberi jolokan New Zealand Malaysia kini menjadi perhatian pihak polis berikutan segelintir pengguna jalan raya berhenti di lorong kecemasan, namun orang ramai minta pihak berwajib menyediakan parkir khas bagi memudahkan mereka menikmati pemandangan semula jadi di situ.

Di dalam ruang komen di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban orang ramai tidak menafikan usaha yang dilakukan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun mereka meminta diwujudkan ruangan parkir khas di highway tersebut kerana kawasan akan terus dikunjungi orang ramai sekaligus menjadi tarikan perlancongan.

“Daripada saman lebih baik ikhtiarkan satu cara penyelesaian.. contohnya sediakan satu tempat khas untuk mereka parking bagi menikmati keindahan alam tu …ni fikirnya nak kaut untung lalui saman je,” komen Hm Man.

“Tempat yg cantik memang akan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar…kenapa tak disediakan tempat meletakkan kenderaan yg sesuai supaya keindahan ini dapat dinikmati semua…kalau kita keluar negara tempat menarik macam ni merupakan asset kepada pengusaha pelancongan..,”komen Abah Zino.

Orang ramai minta sediakan parkir khas selepas polis keluar saman di highway New Zealand
Polis keluarkan saman kerana parkir di lorong kecemasan

“Pihak berwajib perlu fikirkan tindakan yang positif dan boleh memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya.

“Umpamanya membuat satu kawasan lapang atau parkir untuk pengguna yang lalu kawasan ini dan ingin menikmati view di situ,” tulis Roslan Mohamad.

Tidak kurang juga ada yang bersetuju dengan usaha pihak polis kerana dibimbangi kawasan tersebut menjadi sesak dengan kenderaan akan memudaratkan pemandu lain jika dijadikan tempat riadah.

“Percayalah…Jika disediakan tempat utk beriadah disitu sudah pasti akan menjadikan tempat tersebut sesak dgn kenderaan dan akan memudaratkan pemandu lain..sebab itulah kemungkinan tidak disediakan tempat2 utk beriadah..,” komen Hami Zul

Semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban telah mengadakan satu Operasi Halangan dijalankan oleh pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Seremban di Jalan Temiang-Pantai bagi mengelakkan tindakan segelintir pengguna jalanraya yang berhenti di lorong kecemasan di sepanjang laluan tersebut yang boleh mengundang bahaya semua pihak.

Menurut polis, tindakan memberhentikan kenderaan di bahu jalan atau lorong kecemasan boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 50 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu ‘Larangan Terhadap Halangan’ dan Kaedah 53 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu ‘Lorong Kecemasan’ yang jelas tidak membenarkan mana-mana individu atau kenderaan berada di atas jalan yang boleh menghalang lalulintas.

Pesalah juga boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana melakukan mudarat awam.

Mana-mana pihak yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

Sepanjang operasi ini dijalankan sebanyak 17 saman telah dikeluarkan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan bagi menjamin keselamatan pengguna jalanraya.

Baca juga: Pemuda ini pesan jaga 7 adab bila berhutang supaya hubungan silaturahim berkekalan

Baca juga: Kementerian Sumber Manusia menggalakkan GLC dan firma swasta perkenal polisi cuti haid