Papan tanda lebuhraya SUKE telampau kecil akan diganti dengan yang baru selepas dikritik orang ramai

Oleh KIM SYAZIE

Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) telah pun beroperasi sejak 16 September lalu yang dibina bertingkat memudahkan pengguna jalan raya mengelak dari kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan Lembah Klang.

Bagaimanapun, pihak syarikat yang mengendali lebuhraya sepanjang 24.4 kilometer itu dihujani kritikan selepas paparan papan tanda di simpang susur keluar jalan kelihatan sangat kecil dan sukar untuk dibaca pemandu.

Menerusi rakaman video yang dikongsi orang awam, jelas terlihat papan tanda kecil itu tertulis susur kanan untuk ke Ampang, Pandan Indah dan Hospital Ampang manakala susur kiri untuk ke Hulu Langat dan Bukit Ampang.

Mereka sempat membuat jenaka mengatakan pihak lebuhraya membeli papan tanda tersebut melalui Shoppee

Baru-baru ini seorang pengguna lebuhraya SUKE sempat merakam video papan tanda di simpang susur keluar jalan yang bersaiz kecil dan sukar untuk dibaca pemandu.

Menerusi video dapat dilihat papan tanda itu bertulis susur kanan untuk ke Ampang, Pandan Indah dan Hospital Ampang manakala susur kiri untuk ke Hulu Langat dan Bukit Ampang.

@jeppwaksalam

Aku pun terkene td..korang tolong hati2 pilih simpang di susur keluar BUKIT AMPANG / LANGAT NI…. SUSUR KIRI ke LANGAT / BUKIT AMPANG.. SUSUR KANAN ke AMPANG / PANDAN INDAH / HOSP AMPANG #SUKE #sukehighway #malaysia #shopee

♬ Pusara Di Lebuhraya – Ekamatra

Susulan itu, pihak jurucakap lebuh raya memberitahu bahawa mereka telah dimaklumkan tentang isu tersebut dan mengesahkan bahawa papan tanda tersebut telah dialih keluar oleh pasukan peronda mereka, lapor Malay Mail.

“Pasukan komunikasi korporat kami telah mengambil maklum mengenai kejadian itu. Kami sudah menghantar pasukan untuk memeriksa kawasan itu.

“Daripada maklumat terkini yang kami kumpul, pasukan peronda kami telah mengalihkan papan tanda itu.

“Kemungkinan besar ia (papan tanda) akan diubah suai atau diganti dengan yang baharu,” katanya memetik Malay Mail sambil menambah bahawa lebih banyak kemas kini akan dikongsi tidak lama lagi.

Papan tanda bersaiz kecil yang sebelum ini diletakkan di lebuhraya SUKE telah dibawa keluar

Baca juga: Taliban sekat lebih 23 juta laman web, seterusnya akan haramkan TikTok dan permainan PUBG

Baca juga: Mana semangat jiwa Malaysia? Mansuhkan permit bagi pelaut Semenanjung yang ingin kerja di perairan Sabah, Sarawak