Parlimen tak boleh dibubar sesuka hati, YDPA boleh setuju atau tolak permohonan PM

Oleh NASUHA RAHMAN

Semua parti politik harus sedia maklum bahawa Parlimen tidak boleh dibubar sesuka hati apatah lagi negara ini merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan. 

Begitu juga dengan dakwaan Setiausaha Agung Umno, Datuk Ahmad Maslan bahawa Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mesti bertindak atas nasihat Perdana Menteri sedangkan fakta sebenar cuba disembunyikan. 

“Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa budi bicara kepada YDPA untuk bersetuju atau menolak permohonan Perdana Menteri (PM) bagi membubarkan Parlimen di bawah Perkara 40 (2) (b) serta kuasa budi bicara YDPA juga mengikut perkara tersebut bagi menjamin Parlimen Malaysia tidak dibubarkan sesuka hati oleh parti politik yang berkuasa. 

“Kuasa perundangan untuk menekan PM tidak ada pada ‘Top 5 Umno’ supaya Parlimen dibubarkan bagi diadakan pilihan raya umum (PRU) dalam keadaan negara diancam banjir musim tengkujuh.Adalah satu jaminan Perlembagaan Persekutuan supaya negara ini tidak jatuh ke tangan kuasa ‘Top 5 Umno’ tersebut. 

“Tidak dapat dinafikan ‘Top 5 Umno’ mahu PRU diadakan sebelum keputusan kes mahkamah membabitkan Presidennya yang dijangka keputusannya pada Disember 2022,” jelas Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim. 

Tambah beliau, oligarki Umno tersebut tidak mempedulikan banjir, tengkujuh yang akan melanda serta juga kesusahan rakyat. 

Sehubungan itu katanya, negara ini harus diselamatkan dari golongan oligarki Umno yang fasis serta mereka yang hanya mementingkan usaha merebut kuasa. 

Baca juga: SPR paling sukar laksana PRU musim banjir, kata bekas Pengerusi

Baca juga: Jual dan buat air ketum di rumah, lelaki tempatan ditahan