Malaysia Dateline

‘Pasangan ini tak patut membiak’, lelaki ‘suap’ vape ke mulut bayi tampil beri penjelasan

Seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Haikal, mengakui dia adalah individu yang ‘menyuapkan’ rokok elektronik vape ke mulut seorang bayi dalam video tular semalam.

Dia mendakwa, vape tersebut tidak berfungsi dan memang selalu dijadikan barang mainan oleh bayi berkenaan.

“Saya mengaku salah saya melakukan perbuatan beri vape,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Dalam masa sama, dia mendakwa bukan bapa bayi berkenaan dan sudah membuat laporan polis.

Sementara itu, wanita yang dipercayai merakam video mengundang kecaman ramai itu bukan ibu kandung, sebaliknya ibu saudara kepada bayi itu.

Dalam video berdurasi berdurasi 16 saat itu, kedengaran suar seorang perempuan smbil ketawa berkata, “Pecah rekod ah Abi.. pecah rekod nanti, nanti you sedut”.

Susulan itu, orang ramai mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab kedua-dua mereka itu termasuk secara sinis berharap pasangan terbabit tidak patut membiak.

Aksi tidak bijak mereka itu muncul selepas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada 27 Julai lalu membentangkan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022di Dewan Rakyat.

RUU yang memperuntukkan larangan individu yang lahir pada 1 Januari 2007 atau generasi penamat (GEG) dan seterusnya, merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti itu dijadual akan dibentangkan lagi bagi menyelesaikan isu ketagihan produk nikotin itu.

Baca juga Nak capai ‘generasi penamat rokok’ jadi lebih sukar dengan lambakan rokok elektronik, vape

Baca juga ‘Cop tempat’ sampai guna dua petak parkir tapi kawan hanya datang selepas dua jam