Malaysia Dateline

Pastikah arah kiblat rumah anda tidak terpesong? Persatuan Ahli Falak Selangor boleh bantu tentu arah sebenar

Pastikah arah kiblat rumah anda tidak terpesong? Banyak aplikasi penunjuk arah kiblat yang boleh dimuat turun di telefon bimbit secara percuma tidak menunjukkan arah kiblat secara tepat.

Terdapat aplikasi yang dimuat turun jutaan pengguna tersasar lebih 45 darjah dari arah kiblat sebenar.

Demi memastikan prasyarat sah solat benar-benar dipatuhi, umat Islam khususnya di Selangor boleh mendapatkan bantuan Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor (PAFNS).

Perkhidmatan PAFNS yang menyemak, mengukur dan memperbetulkan arah kiblat dari rumah ke rumah dapat menjadikan kita untuk menunaikan kewajipan solat dengan lebih yakin.

Sejak tahun 2016, inisiatif PAFNS dengan 70 petugas mahir dan terlatih dalam bidang itu telah memberikan perkhidmatan di lebih 10,000 rumah persendirian di seluruh Selangor.

Bekas Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dilapor berkata perkhidmatan yang ditawarkan oleh PAFNS membolehkan umat Islam mendapat arah kiblat yang lebih tepat.

Walaupun kedudukan arah kiblat yang darjahnya terpesong antara satu hingga tiga darjah masih boleh dimaafkan, tetapi jelasnya, jika melebihi daripada jumlah itu, masyarakat harus memperbetulkan arah kiblat kerana ia adalah satu daripada prasyarat sah solat.

Ikuti pengalaman Maisarah Mansor yang kini tidak lagi was-was mengenai kesahihan arah kiblat di rumahnya selepas diperbetul oleh PAFNS:

Semasa saya nak solat di hospital Johor tahun lalu, adik saya tegur. Dia kata ukuran kiblat kalau terpesong 1 darjah, akan menyebabkan pesongan 122 kilometer dari kedudukan sebenar Kaabah. Adik saya suruh install Qalby Apps by Mizz Nina.

Balik Putrajaya, saya tengok arah kiblat saya selama ini dengan aplikasi kiblah berbeza. Saya tinggikan telefon satu kaki dari lantai.

Jarum kiblat di telefon bimbit berubah-ubah kerana diganggu medan elektromagnet. Oleh sebab dalam rumah saya ada banyak logam, arah kompas tidak jitu.

Kalau bermusafir, bolehlah saya guna aplikasi sebagai alternatif. Tetapi untuk rumah sendiri, sudah tentu saya mahu sistem teodolit yang mempunyai tahap ketepatan yang tinggi. Takut orang solat berkiblatkan Mekah, saya menyongsang ke Baitulmuqaddis.

Saya terus cari ahli falak untuk tentukan hala kiblat melalui pencerapan matahari. Cahaya masuk rumah saya pukul 9 pagi hingga 6 petang. Dia tidak ukur pukul 12 hingga 2 petang sebab bayang-bayang menjadi pendek.

Pukul 3 petang, ahli falak datang dengan uniformnya. Dia bawa pelbagai peralatan, tablet, dan tangga.

Teruja saya lihat dia buat kerja. Macam kaji kosmo fiqah. Terasa kehebatan tamadun Islam dalam ilmu astronomi.

Anak saya, Furqan terkinja-kinja tengok laser. Semasa ahli falak sedang tampal pelekat di siling, Furqan lari terlanggar lampu dia. Dengan sabarnya dia setting balik. Saya marah Furqan dengan sopan, padahal hati saya dah bertukar jadi singa.

Setelah selesai, ahli falak lukis anak panah dan koordinat di atas kertas, berpandukan jubin. Kertas ini boleh jadi rujukan untuk bilik lain.

Saya fotostat kertas itu untuk diberi kepada jiran yang kedudukan rumahnya di atas dan di bawah rumah saya.

Hasil ukuran, kiblat yang ditentukan berada di tengah-tengah antara kiblat asal saya dan kiblat aplikasi. Kos keseluruhan RM50.

Arah kompas untuk kiblat adalah 292°. Selebihnya serah kepada Allah. Islam itu mudah. Bagi kamu agamamu, dan bagiku agamaku.

Untuk semak sendiri, digalakkan buat ketika istiwa azam pada 28 Mei dan 16 Julai. https://www.utusan.com.my/…/semak-kiblat-petang…/…

Ustaz berikut merupakan ahli falak dari jabatan mufti:

•Selangor: Isi borang https://www.facebook.com/1545826402395030/posts/2746263022351356/ atau https://wa.me/60124973524?text=Hardi

•Putrajaya: https://wa.me/60193623578?text=Farhan

•KL: https://wa.me/60174670890?text=Jais

•JohorBharu: https://wa.me/60197566385?text=Asri

•Pahang: https://wa.me/60139860607?text=Ghazali

•Perak: https://wa.me/60124200620?text=Faiz

•Sabah: https://wa.me/60195367902?text=Jumad

•Sarawak: https://wa.me/60138827726?text=Razalie

•Melaka: https://wa.me/60133077030?text=Saiful

•Seremban, N9: https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdIt7t8NmDTwn…/viewform

•Pulau Pinang: Percuma untuk premis awam http://mufti.penang.gov.my/…/borang-permohonan…

•Negeri-negeri lain: Hubungi pejabat jabatan mufti

Baca juga: https://malaysiadateline.com/solat-ketika-mendaki-gunung-bukannya-darurat-jangan-saja-saja-jamak/

Baca juga: https://themalaysialife.com/laungan-takbir-tarawih-bergema-di-times-square-ratusan-muslim-as-lakar-sejarah/