Presiden AMANAH, Mohamad Sabu sekali lagi menyeru semua rakyat Malaysia supaya pastikan tanggal 20 November negara akan diperintah oleh Pakatan Harapan (HARAPAN).
Desakan terakhir ini disambut dengan sorakan gemuruh oleh hadirin yang membanjiri Taman Derga Jaya, Pokok Sena, Kedah malam tadi.
“Jika hendak Malaysia berubah berilah mandat dengan mengundi PH. Kita boleh membawa pembaharuan kerana tidak lagi dipimpin oleh penyangak seperti sebelum ini.
” Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu membawa perubahan yang kita harapkan. Kita akan lawan rasuah dan ketirisan.Jika tempoh 22 bulan kita mampu turunkan tol sebanyak 20 peratus, maka seandainya cukup tempoh 5 tahun pemerintahan, kita mampu bawa lebih banyak lagi perubahan.
“PH sudah terbukti veteran tentera kita bagi RM500 seorang dalam masa singkat pemerintahan. Jika cukup tempoh sepenggal sudah tentu banyak lagi yang kita boleh laksanakan demi kebaikan mereka,” ujar beliau lagi.
Sehubungan itu ia menyeru semua pengundi supaya jangan sia-siakan peluang 5 tahun sekali kali ini dengan mengundi PH.
Baca juga: 80 peratus keluar mengundi hari ini, HARAPAN boleh menang 85 hingga 93 kerusi- Dr Mazlan