Malaysia Dateline

Pastikan PRU-15 jadi garis penamat untuk pengkhianat, pencuri wang negara

Pas semakin teruk apabila parti Islam itu menjadikan isu perkauman sebagai modal untuk meraih sokongan orang Melayu menjelang pilihan raya umum (PRU) kali ini. 

Malah kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar, apabila Pas terlalu kerap meratib mengenai DAP siang dan malam, ia tidak akan menyelesaikan masalah. 

Sebaliknya kata beliau, masalah masih berlarutan walaupun Pas sebelum ini adalah pendokong kerajaan yang memerintah. 

“Pas sebenarnya tidak konsisten, sedangkan mereka sedar bahawa kerajaan BN mahupun PN yang mereka gabungi adalah kerajaan yang gagal. 

“Anggota Kabinet mereka tidak ubah seperti lori sampah yang hanya diisi dengan sampah sarap serta tidak mempunyai idea dan masalah berlarutan hingga sekarang. 

“Oleh kerana itu pimpinan sedemikian tidak boleh diberi sedikit pun undi untuk berkuasa semula. Pastikan PRU pada 19 November ini sebagai garis penamat bagi Pas, BN maupun PN,” ujar beliau senasa berucap di Dataran Stargate, Alor Setar malam tadi. 

Tambah beliau, langkah pertama yang harus dilaksanakan oleh rakyat ialah menghumban kleptokrasi dan pengkhianat demi masa depan rakyat negara ini. 

Antara ribuan hadirin yang membanjiri Dataran Seagate, Alor Setar malam tadi

Baca juga: Menjelang penamaan calon esok, Anwar Ibrahim mendahului jadi pilihan rakyat sebagai PM

Baca juga: Menggayakan busana merah dan biru, netizen kata nampak macam ‘ikan laga’, buat ramai tergelak