Situasi yang berlaku di luar negara ini telah memberi motivasi kepada orang ramai selepas seorang kanak-kanak 7 tahun muncul juara dalam perlumbaan lari pecut 200 meter walaupun peluang memenangi perlumbaan itu amat tipis.
Ini kerana pada awalnya, kanak-kanak tersebut, Calaya Terence yang baru sahaja ingin memecut, terpaksa menghentikan langkah selepas kasutnya tertanggal sebelah. Dia sempat menoleh ke belakang dan berpatah balik mengambil semula kasut tersebut.
Calaya juga dilihat tanpa was was terus memecut laju selepas memakai kasutnya semula. Keadaan amat sengit tetapi sedikit demi sedikit dia dapat melintasi pesaingnya sehingga berjaya mendahului garisan penamat sebagai juara.
Video tersebut ada dikongsikan di laman Twitter ShowtimeShawn Porter yang sehingga kini sudah meraih lebih 10 juta tontonan.
Calaya merupakan anak kepada seorang peninju, Terence Crawford.
“Perkara itu masih bermain dalam fikiran bagaimana anak saya boleh melakukan hal luar biasa seperti itu. Dia tidak tahu bahawa dia telah memberikan satu motivasi kepada saya dengan tidak mengalah dan terus berjuang walau apa pun yang jadi,” tulis Terence Crawford di Instagram.
Baca juga: Penjawat awam rugi hampir setengah juta ringgit diperdaya scammer pejabat pos