Malaysia Dateline

Payah nak dapat kerja dekat Korea, wanita ini kongsi pengalaman diminta buka tudung jika nak bekerja

Ramai yang mengimpikan untuk menjejakkan kaki di bumi Korea. Jika bukan untuk bercuti, ada yang sudah memasang angan-angan untuk melanjutkan pelajaran di sana dan sambil-sambil itu bolehlah buat kerja separuh masa di sana.

Tetapi seperti perkongsian TikTok Kim Seri Eina yang pernah beberapa kali tular dengan video-video parodi mencuit hati, dia memberitahu bahawa tidak mudah untuk mendapatkan kerja di sana.

Atas sebab menyambung pelajaran di Korea, dia berkongsikan kepada orang ramai pengalamannya beberapa kali diminta untuk membuka tudung jika mahu bekerja.

Walaupun hanya sebagai pembantu untuk memotong bahan-bahan masakan seperti bawang, majikan di sana masih tidak menerima pekerja yang bertudung.

“Tahun lepas akak tengok housemate akak orang Indonesia buat part time 8 malam hingga 5 pagi. Dia memang tak pakai hijab sebab dia non muslim jadi dia cakap dekat akak, kilang dia nak pakai pekerja.

“Kalau akak nak, akak boleh datang interview. Esoknya akak datang interview pukul 10 pagi. Masa interview dengan bos kilang, semua ok tapi dia ada bagi satu syarat. Syaratnya bila masuk dalam kilang akak kena buka tudung.

“Jadi akak tak kerjalah dalam kilang tu. Yang kedua pula dekat restoran. Kerja tu akak kena potong-potong bawang je, yang ini akak chat melalui Kakao Talk sahaja.

“Dia pun suruh akak send ID jadi bila hantar ID tu nampaklah gambar akak pakai tudung dan dia tanya adakah akak muslim. Dia cakap dalam restoran tak boleh pakai tudung. Jadi kesimpulannya akak pun tak kerja lah dekat situ,” ujarnya.

Perkongsian tersebut meraih lebih 230,000 tanda suka dengan ada yang meninggalkan komen memuji tindakan bekas guru ini yang bertegas tidak meneruskan kerja di sana.

Baca juga: ‘Hati macam disiat-siat tengok adik Aqish semuda 5 tahun kena hadap bapa yang keji’

Baca juga: Ustaz saran hati-hati beli al Quran ini kerana tidak disemak dan tidak diketahui jika ada huruf tertinggal