Seorang peguam berkongsikan kepada orang ramai realiti sebenar bahawa tidak semua pemandu kereta boleh menang kes di mahkamah jika membabitkan kemalangan dengan penunggang motosikal.
Berdasarkan perkongsian peguam yang menggunakan akaun Twitter @ZackAvaricious, dia memberitahu bahawa pemandu kereta adalah pihak yang paling besar risiko untuk dipersalahkan walaupun kemalangan bermula dari kecuaian si penunggang motor.
Perkongsian itu dibuat selepas tular video seorang lelaki menunggang motosikal secara laju dan memintas beberapa kenderaan sebelum merempuh belakang sebuah kereta.
Video yang sempat dirakam sebuah kamera papan pemuka (dashcam) itu tular di media sosial sehingga mengundang perdebatan dalam kalangan netizen.
Bagaimanapun bagi peguam ini, dia sukar mahu menyatakan rasa empati kepada golongan penunggang seperti ini kerana pada akhirnya si pemandu yang tidak bersalah boleh berdepan tindakan disaman.
“Ada orang tanya “dah mati ke belum?” Pastu ada reply “mana empati?”. Meh sini aku bagitahu, sebagai lawyer yang pernah handle kes kemalangan, kenapa aku susah nak rasa empati kepada penunggang motor ni.
“Bila jadi kes macam ni, sama ada berlaku kematian atau tidak, pemandu kereta tu boleh kena saman untuk tuntutan kecederaan atau kematian. Mujur ada video, insurans boleh fight untuk absolve liability driver kereta. Kalau tak ada, kena fight on facts, which will take some time,” katanya.
Dia juga memberitahu, sekiranya tiada dashcam yang merakam situasi kejadian, ada kemungkinan mahkamah memutuskan bahawa si pemandu turut melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kemalangan.
“So sementara kes nak selesai kat mahkamah, NCD pemandu kereta tu insurans hold jadi 0%. Ye, dia kena bayar full insurance dahulu. Sedangkan jelas driver kereta tu cermat je driving dia. Kalau tak ada dashcam, ada possibility court decide ada contributory negligence.
“Berdasarkan siasatan polis. Kalau ada, NCD burn. So, nak tak nak, still menyusahkan orang yang tak bersalah. Walau apa pun, simpati dan empati saya untuk pemandu kereta tu. Untuk penunggang motor tu, semoga dipermudahkan urusan.
“Tweet ni saya tujukan untuk orang yang memandu tanpa pedoman hidup. Sekian terima kasih!,” tambahnya lagi.
Baca juga: Kecoh lesen DDNK didakwa digantung, SC jawab ada bukti jelas kenapa digantung
Baca juga: Teksi kenakan caj RM62 untuk jarak 2km atas alasan perlukan wang baiki mesin basuh