Pekerja McDonalds kritikal selepas ditembak hanya kerana kentang goreng sejuk

Oleh NASUHA RAHMAN

Seorang pekerja McDonlds kritikal selepas ditembak seorang lelaki hanya kerana menghidang kentang goreng sejuk kepada ibunya.

Tertuduh, Michael Morgan, 20, didakwa menembak pekerja McDonald’s berusia 23 tahun di Brooklyn di sini, pada petang Isnin (1 Ogos).

Insiden itu bermula selepas tercetusnya pertengkaran antara seorang wanita berusia 40 tahun dan mangsa.

Wanita itu mendakwa pekerja terbabit memberinya kentang goreng sejuk. Dia membuat panggilan video kepada anak lelakinya bernama Morgan.

Anak lelakinya itu kemudian datang ke restoran itu dan bertengkar dengan pekerja restoran berkenaan.

Morgan kemudian menembak pekerja itu, menurut sumber polis yang dipetik oleh New York Post.

Menurut rekod, tertuduh pernah ditahan beberapa kali atas pelbagai kesalahan jenayah.

Jurucakap Polis New York berkata, Morgan juga didakwa dengan tuduhan memiliki senjata api.

Baca juga: Tuduhan kepada KPPA tidak berasas, berniat jahat syor disiasat sewajarnya-JPA

Baca juga: Cubaan bawa masuk Pati gagal lagi, remaja 17 tahun ditahan pandu vellfire untuk seludup