Malaysia Dateline

Tuduhan kepada KPPA tidak berasas, berniat jahat syor disiasat sewajarnya-JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan hari ini menegaskan pertuduhan terhadap Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) adalah tidak berasas dan berniat jahat untuk menjatuhkan imej beliau sebagai pegawai tinggi kerajaan.

Ini susulan kenyataan yang dikeluarkan dan sedang tular di media sosial berhubung tuduhan KPPA mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai Imigresen di KLIA.

JPA menegaskan bahawa KPPA telah menegur pihak Imigresen di KLIA khususnya pegawai terbabit akan ketidakpatuhan amalan dan prosedur di mana pegawai tidak menyemak dokumen perjalanan dan pasport KPPA serta delegasi ke luar negara.

Teguran tersebut tidak dibuat di khalayak ramai malah KPPA hanya menasihatkan pegawai supaya mematuhi peraturan dan membantu menyelesaikan isu-isu sedemikian dengan berhemah, kata JPA.

“Untuk makluman, KPPA telah menegur pihak Imigresen di KLIA khususnya Encik James Lee akan ketidakpatuhan amalan dan prosedur di mana pegawai tidak menyemak dokumen perjalanan dan pasport KPPA serta delegasi ke luar negara.”

“KPPA hanya menasihatkan pegawai supaya mematuhi peraturan dan membantu menyelesaikan isu-isu sedemikian dengan berhemah,” katanya.

Beliau juga mengesyorkan supaya perlunya pihak Imigresen di KLIA meningkatkan pematuhan Prosedur Operasi Piawai (SOP) bagi mengelakkan sebarang ketidakpatuhan Imigresen.

Justeru, JPA mahu perkara ini disiasat sewajarnya oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Baca juga: “Do you know who am I? I am KPPA. Berdiri tegak, stand straight now”

Baca juga: KPPA wajar direhatkan, dia tidak melambangkan ketua yang baik

Baca juga: 80 pelombong haram rogol 8 wanita dihadapkan ke mahkamah