Malaysia Dateline

Pelajar bengang duit ePemula RM150 di ShopeePay jadi ‘hiasan’ tak boleh beli ‘online’

Pelajar bengang duit ePemula RM150 di ShopeePay jadi ‘hiasan’ tak boleh beli ‘online’. Bermula 11 April anak muda mula menuntut ePemula bernilai RM150 yang diberikan kerajaan melalui beberapa platform antara Shopee, Grab, Tng eWallet dan BigPay.

Ramai dalam kalangan pelajar mula menebus melalui ShopeePay dengan harapan mereka boleh membeli barang secara online di situ dengan wang yang diberi.

Rata-rata di media sosial pelajar mula menzahirkan rasa tidak puas hati apabila mereka tidak boleh membeli di platform ShopeePay.

Bengang dengan kaedah pembelian secara ‘offline’ ePemula menjadi trending di Twitter sehingga mencecah 51.7k ciapan dalam kalangan pelajar.

Tetapi, harapan mereka berkecai apabila hanya selepas menuntutnya, barulah Shopee memberitahu bahawa ePemula itu hanya boleh digunakan untuk pembelian luar talian.

Ini bermakna mereka tidak boleh check-out barangan dibeli di Shopee dengan RM150 tersebut.

Pengguna akaun twitter @nrameeraqistina bengang apabila baru sahaja menebus RM150 melalui ShopeePay bagaimanapun beliau kecewa kerana tidak boleh membeli di platform tersebut.

“Kenapa ePemula tidak boleh buat online shopping, dah lah kebanyakkan offline payment kat kedai makan je, puasa2 macam ni nak gi kedai makan buat apa?

Pelajar bengang duit ePemula RM150 di ShopeePay jadi 'hiasan' tak boleh beli 'online'

“Ada yang naik van jenazah kang, malam orang nak tarawih bagai. buat hiasan je duit RM150 tu dalam ShoppePay?”ciap beliau.

Pengguna akaun facebook Alister Vecters menyifakan eBelia adalah lebih baik daripada ePemuda di mana eBelia sebelum ini boleh digunakan untuk membeli atas talian.

“Apakah tujuan Kerajaan yang hanya membenarkan penggunaan RM150 di kedai fizikal sahaja? Itu pun di kedai seperti Watson, KFC.

“Adakah Kerajaan Tidak Faham Belia? Sepatutnya kita bertanya, Belia lebih suka Online Shopping atau Physical Shopping?

“Bagi saya, belia lebih suka membeli-belah dalam talian.

“Juga, ePemula untuk pelajar Ini. Adakah anda fikir tentang pelajar 18-20 yang berada di kawasan pedalaman? Kapit, Saratok Limbang, Lawas?

“Ada Watson, Ada KFC kat kawasan luar bandar atau pedalaman? Setahu saya market, kedai runcit banyak boleh guna Shopeepay ke untuk beli ‘Manuk Tuai’?

“Kalau nak bagi bantuan, buat cara nak bagi bantuan. Bukan menyusahkan rakyat,” komen pelajar berkenaan di Facebooknya.

Syarat-syarat ePemula

Diumumkan di bawah Bajet 2022, program ePemula juga bertujuan untuk “menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai oleh golongan belia”.

Kementerian Kewangan telah memperuntukkan kira-kira RM300 juta untuk program itu, ia dijangka akan dimanfaatkan kira-kira dua juta rakyat Malaysia yang layak.

Tempoh pendaftaran dan tuntutan bermula hari ini dan akan berakhir pada 1 Jun.

Kredit e-tunai mesti dibelanjakan selewat-lewatnya pada 10 Jun 2022.

Baca juga: Patutlah kos bina jeti RM50,000 rupa-rupanya guna kayu RM9,000 semeter