Malaysia Dateline

Pelakon remaja didakwa dicabul bapa akan terus jalani kaunseling bersama JKM

Pelakon remaja yang baru-baru ini namanya meletup selepas membuat pendedahan tentang pencabulan dilakukan bapanya, kini dilaporkan sudah menjalani sesi kaunseling bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pihak JKM hadir bersama seorang kaunselor ke kediaman pelakon berkenaan pada Isnin lalu.

JKM sudah mengadakan sesi kaunseling dengan menyantuni pelakon itu termasuk mengambil beberapa tindakan susulan dari segi emosi selain akan mengadakan sesi kaunseling susulan selepas ini.

Sesi kaunseling seterusnya akan diadakan dalam masa terdekat termasuklah melihat kepada keperluan lain pelakon berkenaan yang memaklumkan pendapatannya ketika ini hanya cukup makan.

Dilaporkan juga, bapa dan pelakon itu masing-masing sudah membuat laporan polis dan siasatan akan diserahkan kepada pihak berkuasa.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun hari ini.

Terdahulu, seorang pelakon remaja perempuan mendedahkan dia diganggu secara seksual oleh bapanya sejak dia masih kecil.

Pelakon terbabit mendakwa bapanya turut memperlakukan ibunya dengan teruk.

Bapa pelakon berkenaan berusia 43 tahun itu seterusnya telah ditahan di Kedah dan direman sehingga Isnin ini untuk siasatan lanjut.

Baca juga: “Kena buat FB live jual getah ke?”, Sifu pemasaran dikritik lepas bagi tips nak naikkan jualan getah kena ada ‘marketing’

Baca juga: Boleh dipenjara tiga bulan dan denda RM302 kalau beri wang kepada pengemis, Malaysia juga masih ‘syurga’ peminta sedekah