Pelancong tiba-tiba loya, tertidur selepas termakan sup ganja ketika bercuti di Thailand

Oleh NASUHA RAHMAN

Pelancong tiba-tiba menjadi loya dan tertidur selepas termakan menu sup Thai yang disangka kangkung rupa-rupanya daun ganja.

Kejadian itu berlaku ketika pelancong dari Singapura bercuti bersama ibu mentua, suami dan anak-anak di Thailand baru-baru ini.

The Straits Times melaporkan wanita terbabit bersama keluarganya telah pergi ke sebuah restoran dan mencuba menu sup Thai yang unik dan lain daripada yang lain.

Bagaimanapun, selepas menikmati sup yang dipesannya itu, secara tiba-tiba dia berasa loya serta mengantuk sehingga menyebabkan dia tertidur.

Tidak puas hati dan ragu-ragu terhadap ramuan yang dinikmatinya, wanita berkenaan bertindak pergi semula ke restoran tersebut pada keesokkan harinya untuk mengetahui bahan yang digunakan.

Apa yang membuatkan wanita itu terkejut, rupa-rupanya sayur yang disangka kangkung rupa-rupanya adalah daun ganja yang telah menyebabkan dia loya dan tertidur.

Sekadar info, selepas sahaja Thailand membenarkan penggunaan ganja di negara mereka, banyak restoran dan perniagaan meletakkan ganja sebagai produk asas dalam makanan.

Malah, menurut Biro Narkotik Pusat Singapura (CNB), individu yang mengambil dadah secara tidak sengaja bukanlah satu kesalahan dan CNB menasihati supaya rakyatnya lebih berhati-hati terhadap apa yang mereka makan ketika melancong di negara luar.

Difahamkan juga, langkah kerajaan Thailand membenarkan penggunaan ganja atau kanabis menyebabkan ramai rakyat di kawasan sempadan khususnya di negeri itu mengambil kesempatan untuk menikmati minuman tersebut setiap kali tibanya hujung minggu.

Baca juga: Remaja tingkatan dua dirogol 8 lelaki dikenali selepas dibawa rakan ke sebuah rumah 12.30 malam

Baca juga: Sibuk berkhemah di bawah pokok, pasangan kekasih disambar petir