Malaysia Dateline

Remaja tingkatan dua dirogol 8 lelaki dikenali selepas dibawa rakan ke sebuah rumah 12.30 malam

Seorang remaja 14 tahun yang juga pelajar tingkatan dua dirogol lapan lelaki selepas dibawa rakannya ke sebuah rumah pada jam 12.30 tengah malam hingga jam 5 pagi.

Susulan itu, polis menerima laporan dibuat seorang wanita mendakwa anak perempuannya berusia 14 tahun dirogol oleh lapan lelaki yang dikenali.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kemelah Segamat.

Polis berjaya menahan lapan lelaki dan seorang wanita Ahad lalu susulan laporan polis dibuat oleh ibu mangsa pada 24 September, lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata siasatan awal mendapati, pada 17 September lalu di antara jam 12.30 tengah malam hingga jam 5 pagi mangsa dibawa oleh rakan perempuan pergi ke sebuah rumah di sekitar Kemelah sebelum mangsa dirogol oleh lapan lelaki.

“Bertindak daripada maklumat itu, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat berjaya membuat tangkapan pada 25 September di sekitar Segamat dan Felda Kemelah terhadap lapan suspek termasuk wanita itu, ” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Zamry berkata, mangsa dibawa menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Daerah Segamat (HDS).

“Suspek sebahagiannya pelajar berusia 14 sehingga 26 tahun direman tujuh hari bermula 26 September sehingga 2 Oktober bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya.

Baca juga: Selamatkan nyawa bukan jawatan-Rafizi lancar petisyen bantah PRU15 semasa banjir

Baca juga: Anak dikecam sebab tak tolong bapa jatuh, rupanya dua-dua lembam