Seorang penjual makanan atas talian meluahkan rasa bengang apabila seorang pelanggan yang membuat tempahan beberapa kek dan puding roti, berdiam seribu bahasa selepas makanan dihantar.
Menerusi perkongsian di Facebook Mimi Safi Hana, dia pada awalnya menerima tempahan melalui WhatsApp dari seorang pelanggan yang memesan dua Mango Cheese Cake yang berharga RM16 dan dua set puding roti berharga RM20.
Dia juga memberitahu menggunakan khidmat penghantar makanan, Lalamove yang berharga RM5.80 dan menanggung kerugian RM41.80 kerana pelanggannya itu enggan membuat bayaran.
Difahamkan, makanan tersebut sudah sampai kepada pelanggannya, namun individu yang dikenali sebagai Sam hanya mendiamkan diri tanpa membuat pembayaran semula dan terus menyekat penjual di WhatsApp.
“Nasib malam ini dapat pelanggan dari neraka..punya sakan order sampai suruh hantar guna Lalamove pun aku yang bayar..
“Hujung-hujung dia senyap terus..setan sungguhlah..pelahap sampai macam tu. Hati-hati lah ampa kalau nampak nombor ni..Dia nak order ampa suruh dia bayar dulu duit puding dan kek aku..biar dia terkejut macam mana ampa tau..
“Memang aku tak halalkan makanan yang dia tak bayar tu..tak selamat hidup dia..,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, rupa-rupanya individu tersebut sudah beberapa kali melakukan taktik sama terhadap peniaga-peniaga yang lain.
Ada yang memberitahu mereka pernah terkena dengan individu sama dan menanggung rugi lebih RM80.
Baca juga: Gugur jantung tengok video kanak-kanak bermain dekat tebing tingkap, netizen bengang ibu bapa cuai
Baca juga: Helikopter bawa pegawai perubatan terhempas, 6 mangsa selamat, seorang patah tulang paha