Malaysia Dateline

Pelanggan kecewa restoran terkenal beri roti burger berkulat, ayam goreng berbau

Seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa selepas didakwa menerima roti burger yang s youudah berkulat dan tidak selamat dimakan dari sebuah restoran makanan segera popular.

Pelanggan yang bernama Dhia Fadhila itu memberitahu, dia juga menerima ayam goreng yang tidak masak dan berbau seperti ayam lama.

“Berasa nak makan ayam goreng tapi ini yang saya dapat dengan harga dibayar. Roti keras kejung dan berkulat.

“Saya bukan nak bukak aib orang! Saya kecewa dengan kejadian ini. Berasa nak makan ayam KFC punya pasal. Tapi ini yang saya dapat dengan harga saya bayar.

“Saya dapat roti keras kejung, berkulat, ayam dok masok, ayam berbau macam ayam lama. Kecewa rasa,” luahnya dalam laman Kumpulan Facebook Kampung Bukit Kuang, Kemaman Terengganu.

Pelanggan
<em>Gambar dikongsi Dhia Fadhila<em>
<em>Ayam goreng berbau<em>

Dia juga tidak menyangka apabila pengalaman buruk yang terjadi pada orang lain selama ini, terjadi juga kepadanya

“Biasa saya baca orang kabar KFC Kemaman teruk, kali ini terjadi ke diri sendiri. Beringat belaka. Siapa pernah kena?,” tanya wanita ini.

Perkongsiannya itu kemudian mendapat pelbagai reaksi pengguna Facebook di laman kumpulan itu yang turut meluahkan kekecewaan dan membandingkan dengan makanan di tepi jalan.

Kata mereka, jika kualiti burger KFC seteruk itu, mereka sanggup beli burger di tepi jalan yang jauh lebih sedap.

Ada juga yang berkongsi pengalaman pernah terbeli kentang putar berlendir dari premis makanan segera yang sama.

Baca juga: Air suam pun caj sampai RM2, warganet perli guna air Evian ke