Malaysia Dateline

Pelanggan restoran selamba minum teh tarik di sisi kubur

Pelanggan di restoran ini selamba dan langsung tidak takut minum teh tarik di sisi kubur yang berada di tengah-tengah restoran.

Rata-rata pelanggan yang hadir pula menganggap kubur sebagai satu hiasan langsung tidak menyeramkan.

Pemilik restoran di India Krishan Kutti Nair mengakui kubur itu telah mendatangkan keuntungan kepada beliau.

Bahkan setiap pagi Krishan menghiasi nisan-nisan yang dijangka dari abad ke-16 tersebut dengan bunga segar. “Kuburan adalah keuntungan,” ujar Krishan.

“Bisnes kami menjadi lebih baik kerana adanya kubur.”

Memetik laporan Oddity Central, Krishan mendirikan sebuah restoran di tanah perkuburan dan tidak memindahkan kubur berkenaan sebaliknya menjadikannya sebagai salah satu hiasan di restorannya dinamakan New Lucky.

Pelanggan restoran selamba minum teh tarik di sisi kubur
Restoran ini popular teh tarik

Restoran dengan menu popular teh tarik ini memiliki beberapa kubur warna hijau terang di sebelah-sebelah kerusi pelanggan.

Para pengunjung mengaku tidak terganggu menikmati hidangan sambil melihat kuburan tersebut.

Mereka menganggapnya sebagai hiasan ruangan dan pelayan dengan tenang melewatinya sambil membawa cawan berisi teh di tangan.

Krishan sendiri tidak mengetahui kubur siapa tetapi sejarawan tempatan menyebut tempat itu menjadi peristirahatan terakhir seorang tokoh sufi beserta dengan keluarganya dari abad ke-16.

Awalnya, restoran New Lucky hanya berupa kedai di luar pekuburan kemudan seorang bernama K.H Muhammad membuka kedai tersebut.

Krishan ikut menguruskan hingga menjadi besar dan akhirnya memiliki bangunan tembok mengelilingi beberapa makam.

Walaupun lokasi itu dianggap aneh dan menakutkan, Krishan mengaku tidak akan memindahkan kuburan itu meskipun pelanggan mengesyorkan dia memperluas ruangan.

Baca juga: Hormat hak orang lain: Bayi 4 bulan edar plastik mohon maaf bimbang tangisannya ganggu pesawat

Baca juga: Pengantin perempuan ditinggalkan bakal suami kerana ibu mendakwa hodoh dan pendek