Malaysia Dateline

Pemandu ingatkan ‘rider’, penunggang pula ‘sekolahkan’ pemilik kereta

Kecoh pula dalam satu kumpulan Facebook apabila pemandu kereta dan ‘rider’ dilihat saling berbalah gara-gara isu petak parkir.

Pemandu yang juga pengguna Facebook, Sarip Dol memohon penunggang motosikal terutama ‘rider’ yang mencari rezeki supaya boleh cuba untuk mengelak daripada meletak motor di petak letak kereta.

“Kalau ada petak letak motosikal kita sama-sama cuba didik diri parking di situ. Kita memang tak mampu jadi Perdana Menteri atau menteri atau jutawan untuk ubah negara.

“Namun, kita boleh ubah negara dengan cara begini. Cuba, cuba, cuba. Tak boleh buat selalu, sehari sekali pun jadilah! Anda mampu mengubahnya,” katanya dalam nada dilihat bersopan.

Walau bagaimanapun, bagi Mustaffa Fazel yang dipercayai dari pihk ‘rider’ mempersoal sikap sesetengah pemandu kereta yang meletak kenderaan di parkir pandu lalu untuk ‘rider’.

“Makan banyak je kereta parking sampai rider kena parking jauh untuk pickup makanan.

“Asal naik kereta, semua betul. Tu tak kira perangai bawa kereta tak reti nak bagi signal masa nak belok,” bidasnya dalam ruangan komentar dalam satu hantaran di kumpulan Facebook, B40 Buat Perangai Apa Harini.

Sementara itu, Mohd Fauzan pula berpendapat penghantar makanan itu hanya sekejap letak motor di petak parkir kereta.

“Nak ambil makanan di kedai depan tu je. Nak parking tempat motor, jauh di hujung bangunan,” ujarnya.

Reaksi dilihat paling tajam apabila ada yang berkongsikan beberapa bukti bergambar sikap sesetengah pemandu kereta yang meletak kenderaan di petak khas untuk motosikal.

Antaranya, di Lake Field, Sungai Besi ini. Pemilik kereta tersebut dilihat seolah-olah tidak bersalah apabila selamba ‘makan’ tidak kurang empat petak parkir motor.

Dalam masa sama, ada yang berpendapat masyarakat patut berterima kasih kepada segelintir penunggang motosikal yang menghalang parkir kereta.

“Jika tidak, bagaimana lagi nak paksa pengguna kereta untuk rasa tertekan dan berpindah kepada alternatif pengangkutan awam?

“Sudahlah miskin, termakan dakyah wajib berkereta untuk nampak bergaya. Sewa beli segmen B pun pinjaman maksimum.

“Park and ride tak pernah guna. Bangga menyumbang kepada kesesakan harian dan peningkatan sisa karbon,” kecam Burhan pula.

Baca juga Congkak budaya universal, dari Asia hingga Eropah ada versi tersendiri

Baca juga Gara-gara terima hadiah cermin mata, pembantu penguatkuasa PBT ditahan SPRM