Malaysia Dateline

Pembersih DIY ini mampu buat rumah anda harum, bersih dan segar, sangat senang!

Semua orang suka ruang rumah yang memiliki aroma segar dan nyaman. Apatah lagi kalau sudah seharian di pejabat dan akhirnya dapat pulang ke rumah yang bersih dan wangi.

Namun tidak perlu membuang wang membeli wangian rumah. Terdapat beberapa cara yang boleh anda buat sendiri (DIY) bagi membuatkan kediaman anda berbau harum.

Seperti dikongsi Nik Zainah Muhammad, berikut adalah empat cara untuk membersihkan rumah sekali gus memberi haruman segar kepada kediaman anda.

  1. Habuk tak melekat pada perabot

Bahan-bahan: Satu penutup pelembut fabrik dan 10 cawan air.

Cara-caranya: Bancuh kedua-dua bahan ini sehingga sebati dan kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.

Cara ini akan membuatkan habuk tidak mudah melekat pada perabot anda malah membuatkan rumah berbau harum.

  1. Mengilatkan lantai

Lantai melekit memang boleh buat rasa tidak selesa apatah lagi di bahagian dapur. Jangan bimbang, ada cara mudah untuk selesaikan masalah itu!

Bahan-bahan: Satu penutup pencuci lantai, cuka dan air panas.

Cara-caranya: Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu sehingga kotoran dan habuk dibersihkan.

Satukan semua bahan-bahan di atas dan mula mengemop lantai anda. Ulang proses mengemop beberapa kali sehingga lantai bersih.

Hasilnya lantai akan menjadi lebih licin dan berkilat seperti baharu menukar jubin. Kena cuba!

  1. Wangian rumah

Selain menggunakan penyegar udara, anda boleh juga cuba petua ini untuk memastikan kediaman anada sentiasa wangi dan segar.

Bahan-bahan: Satu penutup pelembut fabrik dan cuka.

Cara-caranya: Mudah! Gabungkan kedua-dua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan kedua-dua bahan ini akan memberi bau yang segar dan memberi udara yang lebih bersih.

Pastikan langsir dan semua perabot berfabrik disembur dengan rata agar baunya lebih tahan lama.

  1. Segarkan bilik air

Bahan-bahan: Satu sudu kecil soda bikarbonat, satu sudu kecil cuka dan satu cawan air.

Cara-caranya: Satukan kesemua bahan-bahan ini dan masukkan ke dalam bekas penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari.

Hasilnya, bilik air berbau lebih segar dan harum.

Baca Lagi: https://malaysiadateline.com/risau-batuk-kahak-tidak-berhenti-nah-ini-petua-dr-rizal-beri-hanya-guna-2-bahan/

Baca Lagi: https://themalaysialife.com/netizen-terhibur-mydin-mengusik-taknak-buka-dekat-perlis-sebab-nanti-8-orang-je-datang/