“Bukan main laju menoleh kiri kanan, tak padan tengkuk patah”. Itu kapsyen kepada sebuah video yang berjaya merakam gelagat dua lelaki yang meminta sedekah di persimpangan traffic light.
Kejadian difahamkan berlaku di sebuah persimpangan di Shah Alam. Video tersebut menarik perhatian ramai apabila peminta sedekah itu kedua-duanya seolah patah tengkuk dengan kain putih berbalut sekitar leher.
Tidak dapat dipastikan warganegara mana tetapi dari rakaman yang dikongsi pengguna TikTok, kedua-dua peminta sedekah itu bukanlah warganegara Malaysia.
Cara mereka meraih simpati juga membuat ramai tidak tahan gelak kerana kedua-duanya dilihat mampu menoleh ke kiri dan kanan dengan biasa seperti tengkuk tidak patah.
“Siap tegur lagi, ‘sana tempat kau’ sini tempat aku,” komen netizen melihat tingkah laku salah seorang peminta sedekah yang memberi isyarat tangan pada rakan mereka.
“Ini mesti ada time table. Syif tengkuk 12-4… Syif tangan 4-8… Syif kaki 8-12,” komen pengguna lain pula.
Bagaimanapun, ada yang memandang serius hal berkenaan dan mempersoal mengapa tiada tindakan dari pihak berkuasa kerana ada yang memberitahu, peminta sedekah itu hari-hari dikesan berada di sana, tetapi tidak ditahan. Malah peniaga jeruk pula ditahan.
“Hari-hari dekat situ takkan pihak berkuasa tak nampak. Orang berniaga jeruk nampak pula,” soal pengguna lain.