Malaysia Dateline

Pemuda sewa kereta RM1 sebulan, selepas 5 tahun tidak sangka ini yang terjadi

Pemuda sewa kereta RM1 sebulan, selepas 5 tahun tidak sangka ini terjadi. Siapa tidak kenal Uncle Kentang seorang berbangsa Cina yang suka membantu dan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan tidak kira bangsa apa sekali pun.

Beliau sentiasa berkongsi apa sahaja aktiviti kebajikan yang dia lakukan serta hebahan bagi mengumpul sumbangan yang disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Atas dasar tanggungjawab membantu sesiapa sahaja yang susah beliau turut berkongsi kisah seorang pemuda yang pernah menyewa kereta proton saga RM1 sebulan selama lima tahun.

Pemuda sewa kereta RM1 sebulan, selepas 5 tahun tidak sangka ini terjadi
Sewa kereta RM1 sebulan masih elok selepas 5 tahun

Pada tahun 2017 seorang pelajar Universiti Pahang Malaysia datang jumpa kami dan mohon sewa kereta RM1 sebulan.

Kerana kampus beliau jauh dari tempat tinggal, nak beli kereta tak mampu, nak sewa tak mampu.

Maka beliau datang ke Puchong jumpa kami untuk minta bantuan sewa kereta RM1 sebulan, kebetulan ada insan Tuhan yang derma kereta Proton Saga RM1 kepada kami dan kami pun sampaikan kepada beliau.

Namun, sepanjang 5 tahun beliau gunakan kereta beliau tahu jaga kereta dengan elok, tidak menyusahkan kami, dan pada semalam 7/4/2022 beliau telah pulangkan kereta kepada kami.

Ini dia anak muda Sabah, seorang yang bijak mengurus hidup. Beliau lulus dengan degree Mechatronics Engineering. Seorang engineer sekarang.

Beliau dapat offer kerja di Lahad Datu, dan beliau akan balik ke Sabah untuk dirikan rumah tangga. Semoga bahagia. Kawan saya pun nak ambil dia kerja. Tak rugi ambil dia kerja, kerana beliau sungguh seorang anak Sabah yang terunggul.

Pemuda ini kini sudah bergelar jurutera

Beliau pesan kalau kereta itu ada apa apa rosak, nanti maklum pada dia.

Saya tersenyum kerana dapat bantu seorang anak muda Sabah mencapai impian beliau. Kereta setelah di gunakan 5 tahun masih elok. Kereta sudah sangat lama sudah 30 tahun, dah boleh scrap. Tetapi beliau jaga dengan elok.

Kagum dengan anak Sabah ini, tidak rugi kami sewakan RM1 sebulan pada beliau akhirnya kita berjaya menghasilkan seorang engineer untuk Sabah dan Malaysia

Thank you kepada penderma kereta RM1.

TOGETHER WE MAKE MALAYSIA THE BEST.

Baca juga: Bentang RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan: Adakah Ismail akan hilang sokongan majoriti hari ini?