Malaysia Dateline

Pemuda, Wanita Muda AMANAH teruskan misi bantuan mangsa banjir Yan

Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan hari ini meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir puing di Yan.

Turut sama terlibat Wanita Muda (WARDA) AMANAH, Biro Kebajikan Pemuda AMANAH Nasional dengan kerjasama Pemuda AMANAH Kedah dan ARIF negeri.

Misi bantuan hari ini tertumpu di Kem Palas, Titi Hayun.

“Ini misi kedua banjir Yan di Kedah. Kita bawakan barangan keperluan asas.

“Kita juga bawakan bersama naskhah al-Quran dan toto,” kata Ketua Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan, Asmaaliff Abdul Adam kepada Malaysia Dateline.

Keluarga mangsa banjir juga menerima sumbangan toto.
Pemuda AMANAH dan ARiF membantu meringankan beban mangsa bencana yang turut mengorbankan enam nyawa itu.