Malaysia Dateline

Penganjur puas hati kepala, kaki, perut lembu dibawa pulang, tidak membazir

Penganjur Majlis Agihan Korban Putrajaya menzahirkan rasa puas hati apabila bahagian lembu seperti kepala, kaki dan organ dalaman perut semuanya dibawa pulang peserta sekali gus ianya tidak membazir.

Sedia maklum kepala dan kaki lembu sangat rumit untuk dikerjakan kerana ia perlu kesabaran tinggi di mana kepala lembu perlu dibakar dan dikikis buang kulitnya begitu juga dengan kaki lembu yang perlu dibakar terlebih dahulu.

Perut lembu pun begitu juga di mana ia lagilah susah untuk dibersihkan malah ada yang membersihnya di sungai.

Para petugas ceria mengagihkan daging korban kepada orang ramai.

Namun semua bahagian ini ramai yang tidak teruja untuk mengambilnya, tetapi ia berbeza denga peserta agihan daging korban di di Surau An-Najah, Presint 9, Putrajaya, mereka tidak kisah semuanya itu.

Bagi penganjur, AMANAH Putrajaya, ianya satu suasana yang mengujakan apabila semua bahagian ini diagihkan seperti program keluarga dan adik beradik.

Penganjur puas hati kepala, kaki, perut lembu dibawa balik tidak membazir
Penduduk yang hadir di majlis agihan daging korban

“Kami agak terkejut dengan sambutan yang sangat memberangsangkan. Lebih 300 pek daging diagihkan.

“Ada yang ambil kepala, kaki, organ dalaman termasuk perut selain 1 pek daging yang wajib dibawa balik.

“Terima kasih kepada semua urusetia dan crew qurban yang bertugas seawal 7.30 pagi bermula proses penyembelihan, lapah, pembungkusan dan pengagihan.

Daging korban yang diedarkan kepada orang ramai dalam paket khas yang kemas.

“Terima kasih juga kepada pengerusi-pengerusi surau yang memanjangkan iklan agihan kepada group qaryah surau masing-masing.

“Tidak lupa juga kepada pihak Mydin Bazar yang memberikan kebenaran kepada kami untuk menggunakan freezer bagi mengekalkan kesegaran daging qurban.

“Semoga semua qurban yang dipersembahkan diterima oleh Allah SWT serta para penyumbang dimurahkan rezeki oleh Allah SWT,” kata penganjurnya AMANAH dan juga Pakatan Harapan dan Aktivis Sejahtera.

“InsyaAllah tahun hadapan kita laksanakan lagi,” tambahnya.

Baca juga: Tidak perlu tukar ibadah korban kepada biasiswa, Islam masih ada wakaf, zakat dan sedekah