Pengguna diingatkan bersedia harga minyak masak dijangka naik lagi hingga 40 peratus

Oleh NASUHA RAHMAN

Mulai hari ini harga minyak berbotol sudah naik berganda-ganda bahkan pasaran tempatan menjangkakan sepanjang Julai ini harga minyak masak akan naik lagi sehingga 40 peratus.

Ianya berikutan tindakan kerajaan menamatkan subsidi minyak masak berbotol bagi 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg pada 21 Jun lalu.

Jangkaan kenaikan harga ini telah diakui Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin berhubung jualan minyak masak di cawangannya pada bulan Julai ini.

Hakikatnya pada hari ini terdapat beberapa jenama mula menyaksikan kenaikan harga minyak masak, antaranya minyak masak berbotol 1kg Alif dan Saji telah naik daripada RM6.70 kepada RM9.50 iaitu kenaikan sebanyak 42%.

Sementara jenama Buruh pula alami kenaikan 41% kepada RM9.45, diikuti jenama Vesawit kepada RM9.40 (40%) dan Seri Murni pula RM9.25% (38%).

Ramai yang rindu harga minyak masak zaman Pakatan Harapan

Selain kenaikan minyak masak berbotol 1kg – minyak masak berbotol 2kg dan 5kg juga turut dijangka alami kenaikan harga di pasaran.

Melihat pada kenaikan itu, pihak Mydin memiliki cadangan untuk menjual minyak masak berbotol pada kadar yang lebih rendah berbanding jangkaan harga di atas, laporan TheMalaysianInsight.

Maka para pengguna diingatkan untuk bersedia, akan sebarang peningkatan harga yang bakal berlaku pada perbelanjaan barangan keperluan kelak.

Hari ini orang ramai mula mengeluh dengan berkongsi harga minyak masak botol 5kg jenama Saji sudah berharga RM42.20 padahal minggu lepas masih boleh dapat dengan harga RM28, harga minyak Saji dikira paling murah berbanding minyak jenama Helang, Buruh dan sebagainya.

Baca juga: Kelantan enggan bina pawagam dilihat satu langkah regresif dan mundur

Baca juga: Air New Zealand perkenal katil dua tingkat dalam kapal terbang