Malaysia Dateline

Penghantar makanan mengeluh flat berpagar, ini cadangan netizen buat golongan B40 selera T20

Seorang penghantar makanan berkongsikan rakaman video yang menunjukkan sebuah unit rumah flat telah dipagar kiri dan kanan sekaligus menyusahkan orang lain.

“Rumah macam ni menyusahkan orang, tahu tak? Susah nak lalu. Nampak tak ? Dia pergi pagar kiri kanan ni

“Lepas itu susah naik atas… menyusahkan orang, B40 selera T20,” katanya.

Keluhan ‘rider’ itu disambut dengan kecaman selain cadangan netizen untuk memberi pengajaran kepada pemilik rumah sedemikian yang dianggap mementingkan diri sendiri.

“Jiran-jiran boleh buat aduan pada PBT atau pemaju. Koridor itu adalah laluan awam. Mana boleh tutup macam tu.

“Yang tingkat atas tu lagi tiada otak. Buatnya yang lalu tu, OKU atau orang tua pakai kerusi roda, tak ke zalim?” kata Mahanom Mohammad.

Sementara itu, Nurshuhada Ismail pula mengesyorkan agar jiran di kiri dan kanan unit berpagar itu memasang mangga dari luar.

“Jiran kiri kanan ambil mangga kunci di grill luar dia. Biar dia terkunci dari dalam. Baru ada akal,” katanya.

Bagi Khusyairi Abdullah, PBT sepatutnya segera mengambil tindakan agar tidak mengundang masalah terutama ketika kecemasan pada masa akan datang.

“PBT kena ambil tindakan. Bahaya pada penghuni lain. Jika berlaku kebakaran mengganggu laluan orang lain,” ujarnya.

Difahamkan trend unit flat berpagar ini wujud di Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Berdasarkan maklumat awam, rumah berpagar sedemikan boleh didapati di Blok C dan E bahkan ada dua tingkat di Blok F kawasan padat flat itu.

Baca juga Pemuda bongkar mentaliti penduduk apartment B40, siap ada yang bela ayam! Cop parkir dah jadi benda biasa