Sejak beberapa hari lalu tular perkongsian seorang bapa yang terpaksa berkhemah di parkir kawasan hospital kerana mahu menemani anaknya yang sedang sakit.
Berlegar video dan beberapa tangkap layar memaparkan kereta Proton Satria yang dipasang dengan khemah di bahagian belakang kereta, diletakkan di ruangan parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Menurut perkongsian dari bapanya yang menggunakan akaun Facebook Ryu Watanabe Miyuka, anaknya yang berusia lapan tahun itu baru sahaja didiagnos menghidap tumor otak.
Menyedari kekangan kewangan untuk berulang alik dari rumah ke hospital, bapa kepada Muhammad Afeef Mikhail, itu sanggup memasang khemah di parkir hospital bagi memudahkan pergerakannya melawat anak.
“Isteri menemani anak di wad dan saya ‘menetap’ dalam kereta sebab tidak mahu berjauhan dengan mereka.
“Keputusan bermalam dalam kereta ini diputuskan bersama isteri selepas mengambil kira tahap kemampuan kewangan kami termasuk untuk berulang-alik dari rumah inap dan sebagainya,” kata Adi Saifullizam Abdul Sani, memetik NSTP.
Adi berkata, Muhammad Afeef pada mulanya didiagnos dengan masalah bengkak pada saluran antara bahagian mata dan tulang belakang di Hospital Slim River sebelum dirujuk ke Hospital Teluk Intan (HTI) bagi menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT scan).”
Afeef menjalani CT Scan di HTI pada petang Jumaat dan keputusannya diperoleh malam sama, dan malam itu juga saya, isteri, dan Afeef dirujuk pula ke HRPB bagi pembedahan mengambil sampel sel dan memasukkan tiub.
“Saya bermalam dalam kereta di HRPB sejak Jumaat lalu (6 Januari) pada malam pembedahan dilakukan. Kini keadaannya stabil, makin baik, dan sehingga sekarang tidak menunjukkan kesan akibat pembedahan.
“Pemantauan masih diteruskan termasuk bagi menunggu keputusan ujian makmal yang akan menentukan jenis tumir dihidapi anak sebelum doktor memutuskan rawatan susulan yang bersesuaian,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Adi Saifullizam di talian 013-7922812.
Baca juga: Kamera tersembunyi dalam bilik persalinan, mangsa dedah lokasi kejadian