Peniaga kedekut, jual sandwich RM4 tapi boleh kira inti telurnya

Oleh KIM SYAZIE

Masih ramai lagi peniaga yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan kualiti makanan yang dijual.

Seperti perkongsian seorang pelanggan di sebuah kawasan rehat (R&R) di Utara, individu berkenaan mendakwa membeli sebungkus Sandwich telur yang tidak setanding dengan harga.

Individu yang dikenali sebagai Maslina Aini Mat Saad menunjukkan keadaan Sandwich yang dibelinya dengan RM4 yang hanya berintikan mayonis dan ‘secebis’ telur hancur yang sangat halus.

“Sandwich telur, yang telurnya boleh kira satu satu. R&R Juru. Harga RM4 untuk satu bungkus. Bukan nak kecam atau merungut..

“Tapi sekadar perkongsian tentang realiti kualiti makanan di sesetengah RnR tak berubah. Bukan semua premis RnR macam ni. Pada owner premis yang menjual makanan yang sedap-sedap tu, tahniah.. anda terbaik,” katanya di laman kumpulan Masak Apa Tak Jadi Hari Ni.

Bagaimanapun individu berkenaan turut menitipkan pesanan agar para peniaga perbaiki kualiti makanan dijual supaya ianya berbaloi dengan setiap ringgit yang dibayar pelanggan.

“Yang menjual macam Sandwich ni, mohon perbaikilah kualiti anda. Pembeli faham kos sekarang serbi mahal,. Tapi biarlah berbaloi dengan setiap ringgit kami yang keluarkan,” luahnya

Roti Sandwich telur yang dibeli

Baca juga: Kecoh isu ‘Datuk palsu’, individu dakwa gelaran Datuk dari istana sebenarnya tak perlukan kad

Baca juga: Harapan Johor ulang pendirian fokus persiapkan jentera musim banjir, bukan sibuk pilihan raya