Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM menggesa pengurusan tertinggi universiti untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar terhadap Prof Dr Ts Roshana Takim.
Menurut YDP MPP UiTM Se-Malaysia Rasydan Mohd Hassan perbuatan pensyarah terbabit telah merosakkan imej universiti keramat ini.
“Sejarah UiTM dibina atas dasar untuk membantu lebih ramai mahasiswa Malayu dan Bumiputera untuk mendapatkan pendidikan di peringkat tertinggi.
“Kenyataan menghina dan memperlekehkan golongan B40 adalah tidak wajar dibuat oleh mana-mana pihak,” katanya.
Apatah lagi katanya, video yang tular malam tadi merupakan satu tindakan luar norma dan tidak beretika seorang pensyarah terhadap mahasiswa.
Katanya, pensyarah tersebut perlulah memahami keadaan negara yang sedang berhadapan dengan situasi pandemik yang menyebabkan hampir semua rakyat di Malaysia berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil.
“Manifestasi yang sering disuarakan oleh pihak pengurusan universiti bahawa mahasiswa adalah tonggak universiti perluah dizahirkan dengan mengambil tindakan tegas kepada pensyarah tersebut dan juga kepada mana-mana indvidu yang membuat tindakan sama selepas ini,” ujarnya lag
Malam tadi tular video pensyarah terbabit dikatakan telah menghina golongan B40 apabila beliau melampias amarahnya kepada pelajar kelasnya yang tidak memiliki komputer.
Pensyarah yang juga berpangkat professor itu juga mengakui tidak gemar duduk dengan golongan B40 kerana beranggapan mereka lebih suka menghabiskan wang untuk kepentingan sendiri daripada pelajaran.
Baca juga: https://malaysiadateline.com/hapuskan-daftar-masuk-mysejahtera-ketika-fasa-peralihan-endemik/