Pentingnya dashcam dalam kereta, boleh bantu pihak berkuasa rakam kemalangan, pembuli jalanan. Penggunaan kamera dashboard atau dashcam dah jadi semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kebanyakan mereka menggunakan dashcam untuk dijadikan sebagai bahan bukti apabila berlaku kemalangan.
Di media sosial, ramai juga mula berkongsikan insiden-insiden di jalan raya yang membuatkan ramai celik mata tentang keperluan memasang dashcam dalam kenderaan masing-masing.

Baru-baru ini, Facebook Public Health Malaysia berkongsikan kepentingan dashcam berkenaan dan menyarankan pengguna jalan raya sekurang-kurangnya untuk mempunyai satu kamera di dalam kenderaan sebagai langkah keselamatan.
“Dashcam adalah kamera yang penting ketika ini. Laburlah satu sekurang-kurangnya, dan dua (depan, belakang) jika boleh untuk setiap kenderaan anda.
“Ia boleh menyelamatkan anda daripada pelbagai perkara. Malah ia juga boleh menolong orang lain dengan merekod bukti dan saksi sesuatu kemalangan,” katanya.
Untuk pengetahuan anda, ada kes di mana pihak yang sepatutnya bertanggungjawab selepas menyebabkan sesuatu kemalangan, akhirnya menuding jari dan meletakkan kesalahan pada orang lain. Maka dashcam adalah alat yang paling berkesan untuk kita mempertahankan sesuatu isu atau kejadian.

Adakah kegunaan dashcam dibolehkan di sisi undang-undang?
Memetik portal Careta, untuk merakam video perjalanan anda di jalan raya awam tiada masalah. Walaubagaimanapun, jangan sampai tersalah guna rakaman yang kita ada.
Selagi kita menggunakan rakaman yang ada untuk tujuan yang betul seperti menjadikan ia sebagai bukti kepada pihak polis, syarikat insuran dan mahkamah maka ia tidak salah.
Baca juga: 11 pelajar buli pelajar tingkatan 2 sampai lebam, ditahan semalam
Baca juga: Tak bertanggungjawab! Sampai langgar kereta orang sebab nak elak bayar tol