Malaysia Dateline

Penubuhan Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan reformasi pentadbiran undang-undang

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengucapkan tahniah atas penubuhan buat pertama kalinya Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Majlis berkenaan terbentuk daripada kuasa Seksyen 49 Akta Profesion Guaman Syarie.

Beliau yang juga Naib Presiden AMANAH berharap Majlis Peguam Syarie boleh menjadi contoh kepada penubuhan Majlis di negeri-negeri dan negeri-negeri sebaiknya menggubal enakmen profesion guaman syarie di negeri masing-masing.

Pada 2019, akta tersebut dibentang di Parlimen oleh Mujahid sebagai Menteri Agama ketika itu bagi memastikan satu piawaian tinggi ditetapkan untuk Peguam Syarie.

“Akta ini adalah sebahagian daripada reformasi pentadbiran undang-undang Islam termasuk usaha menyelaraskan undang-undang Islam melalui penyelarasan enakmen di negeri masing-masing yang terbantut akibat Langkah Sheraton,” kata Mujahid lagi yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak.

Baca lagi Menteri agama diminta laksana penubuhan Majlis Peguam Syarie

Baca juga Ingatkan hilang semasa bercuti, rupanya masuk hospital sakit jiwa