Penyanyi lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor meninggal dunia di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat, jam 6.30 petang tadi.
Difahamkan, peserta Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro itu telah lama menderita penyakit kanser ovari tahap empat tetapi tidak berkongsi hal tersebut kepada umum.
Selebriti, Datuk AC Mizal turut berkongsikan berita sedih itu menerusi Instagramnya.
“Allahuakhbar sedihnya. Terkejut dapat berita ini. Sahabat kita yang versatil, Adibah Noor baru sahaja meninggal dunia.
“Salam takziah dari kami sekeluarga,” kata kata pembawa watak Inspektor Mazlan dalam Gerak Khas itu.
Awal bulan ini, Adibah atau nama penuhnya Adibah Noor Mohd Omar menarik perhatian warganet apabila dilihat semakin kurus.
Bagaimanapun, bekas guru Bahasa Inggeris itu hanya memberitahu beliau menjaga pemakanan termasuk menghadkan enam suapan setiap kali makan dan meninggalkan minuman manis.
Adibah juga mengamalkan senaman ringan berjalan-jalan sekitar kawasan rumah serta tidak mengambil makanan yang diproses.
Baca juga Peguam reformis meninggal dunia
Baca juga Pengeluaran Tunai MyDebit bakal dikenakan caj RM0.50 bermula 1 Julai