Malaysia Dateline

Penyewa dakwa kena ‘scam’, tuan rumah bela hantu raya dah halau tapi nak RM350

Tular di media sosial kisah seorang penyewa rumah di Kampung Sintok Bugis di Kuala Muda, Kedah yang dihalau tuan rumah walaupun baru empat hari menyewa.

Lebih menimbulkan rasa tidak puas hati penyewa apabila tuan rumah meminta RM350 selepas enggan menyerahkan kesemua jumlah wang deposit.

Video ringkas yang dikongsi menerusi Facebook Reels, Akuzam itu turut memberitahu tuan rumah ada membela hantu raya jika menurut cakap orang kampung.

“Menurut orang kampung, depa (tuan rumah) bela hantu raya. Bagi je RM350 yang empat hari adik saya duduk tu.

“Dah buat report polis sebab adik saya minta cara elok tapi dia maki-maki hamun.

“Kalau hampa (anda semua) macam mana? Bawak polis pi depan pintu tuan rumah ka atau nak biar ja sebab takut dia hantar benda halus?

“Saya ada anak kecil dua orang ni,” dipetik daripada kapsyen video yang juga menyertakan salinan laporan polis itu.

Mengikut kenyataan daripada dokumen polis itu, tuan rumah yang dikenali sebagai ‘Mak Cik Mina’ memaki hamun mereka sekeluarga dengan kata-kata kesat.

Mangsa meminta tuan rumah untuk mengembalikan semula wang deposit RM1,000 yang mulanya diserahkan pada 30 April lalu.

Setakat petang ini, perkongsian video ringkas itu telah meraih lebih 7,000 tanda suka dan hampir 800 komentar.

Baca juga Dianggap ‘mak cik semut’ di lorong kanan, wanita ini tak pasal-pasal kena kecam

Baca juga Melayang lebih RM11,000, pekerja kilang putih mata diperdaya pelacur