Malaysia Dateline

Perak bertuah Anwar pilih Tambun

Pakatan Harapan (PH) Negeri Perak, mengalu-alukan Pengerusi PH Nasional, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Tambun.

Pengerusi PH Negeri Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, pengumuman yang dibuat oleh Anwar ketika Konvensyen PH di Perak pada Khamis sangat signifikan kepada usaha PH untuk menjadi kerajaan menanti selepas pilihan raya umum (PRU) ke-15 nanti.

“Orang Perak belum lagi mendapat seorang Perdana Menteri (PM) dari Perak walaupun pernah menikmati Parlimen Bagan Datuk selaku Timblan Perdana Menteri yang kini sedang bergelut di Mahkamah atas dakwaan pecah amanah dan salah guna kuasa.

“Kini tiba masanya orang Perak berbangga calon PM kali ini adalah dari bumi bertuah Perak Darul Ridzwan dan Parlimen Tambun merupakan lambang kepada penebusan khianat mandat rakyat dari penyandangnya.

“Sudah tiba masanya bagi Parlimen Tambun dan seluruh Parlimen yang ada untuk bangkit dan menolak calon rasuah dan khianat serta memilih calon yang berintegriti dan berwibawa,” ujar beliau yang juga merupakan Naib Presiden AMANAH.

Baca juga Untunglah haiwan ini! Hampir 13 hektar tanah atas nama dia

Baca juga Syafinaz kongsi petua awet muda, akui dari usia 16 tahun lagi dah habiskan masa, duit untuk jaga muka