Malaysia Dateline

Untunglah haiwan ini! Hampir 13 hektar tanah atas nama dia

Untunglah monyet yang menghuni di kampung Upla di Maharashtra, India apabila hampir 13 hektar tanah telah didaftarkan atas nama haiwan primat itu.

Namun, hairannya tidak diketahui siapa yang mewujudkan peruntukan untuk monyet itu dan bila ia dilakukan walaupun dokumen dengan jelas menyatakan tanah itu milik binatang tersebut.

Dilaporkan, penduduk kampung memberi makan kepada monyet setiap kali muncul di depan pintu mereka.

Ketua kampung Bappa Padwal berkata, perkampungan itu merupakan habitat kepada hampir 100 monyet pada masa ini.

Namun, katanya dipetik Oddity Central, bilangan haiwan itu semakin berkurangan sejak beberapa tahun lalu kerana ia tidak tinggal lama di satu-satu kawasan.

Padwal memberitahu Jabatan Perhutanan menjalankan kerja-kerja perladangan di tanah tersebut.

Baca juga Ancaman bencana banjir Monsun Timur Laut: Ini senarai persiapan sekolah, bomba dan TNB wajib tahu

Baca juga Hubungan paling jijik, suami akhirnya pilih anak tiri usia 18 tahun sebagai pasangan