Malaysia Dateline

Permata dunia kembali ke rahmatullah

Permata dunia, Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi hari ini telah kembali ke rahmatullah pada usia 96 tahun.

Cendekiawan Islam dari Mesir ini meninggalkan legasi penulisan yang kini menjadi rujukan kepada umat Islam di serata dunia.

Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (IUMS), yang juga persatuan diasaskan oleh Qaradawi, menerusi Twitter menyifatkan dunia Islam kehilangan seorang ulama dan guru yang jujur, alim, dihormati lagi disegani.

Almarhum merupakan Ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research) dan Presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars).

Ulama tersohor berkenaan juga adalah pemimpin Ikhwanul Muslimin, pergerakan sosio politik Islam yang mencetuskan revolusi Mesir pada 2011.

Beliau merupakan Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009 Malaysia.

Baca juga Cahaya menerangi hingga ke Jumaat berikutnya, ini manfaat amal baca Surah al-Kahfi

Baca juga Panas melampau jejas bekalan makanan global, tiga tanaman ini dijangka paling teruk terjejas lagi 20 tahun