Malaysia Dateline

Pernah jumpa Dr Maszlee, Cikgu Fadli dituduh ‘pencacai’ PH-Dah 2022 takkan modal politik macam ni laku lagi?

Isu Cikgu Fadli Salleh masih terus diperkatakan kali ini ia dikaitkan dengan politik di mana beliau dilabel ‘pencacai’ Pakatan Harapan (PH) kerana pernah berjumpa dengan bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Ianya susulan pendedahan Cikgu Fadli dalam ‘live’ di Facebooknya kelmarin di mana beliau menceritakan pengalaman bertemu menteri Pakatan Harapan itu.

“Saya cerita pengalaman bagaimana beliau layan orang yang mengkritik setiap isu dalam pendidikan. Dan dalam LIVE tu saya ada sebut kot saya tak sokong pun parti Dr Maszlee. Saya pun ada tulis banyak benda tak setuju masa kepimpinan beliau. Hat tu depa buang.

“Page PN dok hentam kata saya pencacai Dr Maszlee. Adoi la nurtizen kaki politik sekalian. Fikir dengan tenang dan matang,” katanya di Facebook Cikgu Fadli Salleh.

Katanya, jangan hanya kerana berjumpa dan bergambar bersama sudah dianggap menyokong parti berkenaan.

“Penaksub parti dah main isu aku pencacai PH sebab pernah jumpa Dr Maszlee.

“Sekarang aku up gambar bersama Datuk Seri Ahmad Maslan pula. Siap berjabat tangan bagai lagi. So sekarang aku bertukar menjadi pencacai Umno pula ke guane?

“Esok aku up gambar bersama TGHH, automatik aku jadi walaun PAS pula? Gitu ke level pemikiran pentaksub parti.

“Biasa la kita rakyat marhean, jumpa orang ternama dalam politik, pangkat menteri pula mesti teruja nak bergambar.

“Tak semestinya kita bergambar dengan mereka, setuju satu dua point mereka, kita sokong parti mereka. Kemonlah. Wake up la gais. Dah tahun 2022 dah ni. Takkan modal politik macam ni pun laku lagi,” katanya.

Bagi Cikgu Fadli jika beliau pencacai Dr Maszlee lebih baik dia ‘jilat’ masa dia berkuasa sudah tentu beliau diberi pangkat dan kedudukan yang tinggi.

“Tarik saya jadi pa dia ke, su media ke apa. Lantikan politik ni gaji DG54 terus kalau tak silap. Ni aku dok di bawah gaji diploma ja.

“Tak pun saya minta jadi GB ke, naik ke jabatan ke apa. Ni tak dak satu apa pun saya minta dengan beliau masa beliau jadi menteri.

“Kalau jilat sekarang dapat apa? Beliau bukan ada apa-apa kuasa pun sekarang.

“Stop la jadikan saya mangsa politik kalian. Korang nak hentam PN ke, PH ke, parti mana-mana ke, guna la hujah lain.

“Dengar LIVE tu dengar hati terbuka, jangan dengar LIVE tu dengan letak diri dalam posisi parti politik, tapi cuba letak dalam posisi orang awam yang tidak berparti.

“Pasti kalian faham, saya tak ada minta sesiapa sokong Dr Maszlee ke, Dr Radzi ke, atau mana-mana pihak.

“Buat last time saya bagitahu, saya tak akan berdiri atas pentas politik PH atau PN atau mana-mana parti,” kata beliau.

Baca juga: Saya rindu zaman Dr Mazlee jadi menteri, kata Cikgu Fadli

Baca juga: Pelancong jatuh di Air Terjun Telaga Tujuh