Malaysia Dateline

Pesakit kronik B40 di Bagan dapat bantuan tanggung kos perubatan

Lim Guan Eng kelmarin menyampaikan cek bantuan kepada empat pesakit kronik dalam kawasan Parlimen Bagan yang memerlukan bantuan untuk menanggung kos perubatan.

Ahli Parlimen DAP itu memberitahu bahawa penerima terbabit adalah daripada keluarga B40 atau mereka yang hilang pendapatan akibat musibah dan penyakit yang dihadapi.

Mereka ialah Puan Chandra, seorang warga emas dan ibu tunggal yang sekarang tidak bekerja dan menghidap penyakit kencing manis dengan kaki kanannya telah dipotong.

Seorang lagi pesakit, Zailani yang menghidap masalah jantung dan telah hilang kerja sejak ditimpa penyakit tersebut.

Penerima bantuan seterusnya ialah Thivagarajan yang menghidap penyakit kencing manis dan luka di bahagian kaki yang kronik.

Menurut Guan Eng, Thivagarajan perlu membuat rawatan cuci luka setiap hari.

Warga emas Saholammad yang merupakan pegawai keselamatan dengan menderita penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi pula perlu menjalani pembedahan mata katarak.

“Semoga bantuan kewangan yang diberi dapat mengurangkan beban penerima dan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang,” kata Guan Eng lagi.

Guan Eng bersama salah seorang penerima bantuan kewangan bagi menanggung kos perubatan.

Baca Bantuan tunai maksimum RM1,500 untuk pesakit buah pinggang