Seorang pesara hampir histeria apabila menemui tengkorak, dan tulang manusia berselerak di taman bunganya sejak 12 bulan yang lalu.
Ann Mathers, 88, dari Dudley di West Midlands tidak tahu dari mana datangnya tengkorak itu dan berasa hairan namun selepas pertama kali menemui tengkorak pada Julai lalu di luar rumah teres yang didiaminya selama 60 tahun telah menghubungi polis.
Kemudian itu, pasukan tempatan mengepung kawasan sekitar sebagai tempat kejadian jenayah.
Namun disangkakan penjenayah sebenarnya adalah sekumpulan binatang luwak yang menggali tanah perkuburan berhampiran dan membuang tulang di taman Ann.
Anak perempuan Ann, Lorraine Lloyd, 60, berkata, masalah itu sudah berlaku selama setahun dan ibunya sudah bosan menghadapi perkara itu.
“Binatang itu sedang membina terowong di bawah kubur dan mengheret tulang itu keluar dan membuangnya ke kebun ibu.
“Tiada apa yang boleh kami lakukan mengenainya,” katanya.
Daiy Star melapokan rumah Ann berdekatan tanah perkuburan Providence Baptist Church dan haiwan itu menggunakan laluan pejalan kaki di antara keduanya untuk menyeret tulang itu bersama.
Lorraine yang juga penjawat awam berkata, ibunya yang sudah tua pada mulanya ‘histeria’ apabila tengkorak itu mula-mula ditemui dan dia tidak percaya apabila melihat bukti itu dengan mata sendiri.
“Terdapat tulang manusia di mana-mana. Kami menghubungi polis dan mereka menutupnya sebagai tempat kejadian jenayah.
“Saya tidak tahu sama ada mereka fikir ia mungkin kawasan mangsa pembunuhan tetapi tidak lama kemudian mereka menemui banyak lubang di taman tempat haiwan itu menggali.
“Mesti sangat menyedihkan bagi orang ramai jika mereka mendapati kubur saudara mereka sedang digali,” katanya.
Pada suatu malam, Ann turun ke bawah dan mengira terdapat tujuh ekor luak di halaman rumahnya.
Majlis Borough Metropolitan Dudley memberitahu keluarga berkenaan, yang merayu kepada mereka untuk mendapatkan bantuan, bahawa tiada apa yang boleh dilakukan untuk menempatkan semula haiwan itu sehingga musim pembiakan tahun ini berakhir.
Ahli kabinet untuk Ahli Majlis Shaz Saleem berkata, memandangkan haiwan itu adalah spesies yang dilindungi, mereka sedang dalam proses mendapatkan perkhidmatan pakar ekologi yang berkelayakan untuk membantu lebih lanjut.
Sementara Ahli Majlis Woodsetton Ward, Adam Aston berkata, beliau berharap sesuatu dapat dilakukan untuk menambah baik sempadan halaman gereja bagi mengelak sebarang lubang terus berlaku di kawasan itu.
Baca juga: Mentua tamak duit, wanita bunuh diri selepas diseksa selama 8 tahun