Malaysia Dateline

PH akan guna satu logo, reka bentuk logo akan dibuat semula

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memutuskan akan menggunakan satu logo untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Menurut kenyataan Majlis Presiden ketetapan itu telah diputuskan dalam mesyuarat bulanan yang diadakan semalam.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan akan mereka bentuk logo baharu yang akan digunakan nanti bagi memberi imej dan nafas baharu dalam usaha gerak kerja PRU15.

“Ketetapan penting ini bagi memberi fokus kepada usaha konsolidasi bagi memperkukuh Pakatan Harapan itu sendiri sebagai langkah persiapan dalam menghadapi PRU15,” kata kenyataan bersama Majlis Presiden..

Penggunaan satu logo untuk Pakatan Harapan ini pernah diutarakan oleh Lim Guan Eng di mana beliau menegaskan menggunakan satu logo akan memberi kemenangan kepada PH PRU15 nanti.

Pada Pilihan Raya Negeri Johor, AMANAH dan DAP kekal menggunakan logo Pakatan Harapan namun PKR menggunaakan logonya sendiri.

Baca juga: Penyokong Najib sengaja buat lupa Anwar 3 tahun dipenjara sebelum diberi pengampunan diraja

Baca juga: Dituduh minta dan terima rasuah, sarjan polis mengaku tak bersalah