Pakatan Harapan (PH) yang mendapat mandat rakyat dengan 82 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu mengelak gabungan lain membentuk kerajaan.
Menurut pemerhati politik, Ridzuan Muda, PH sebagai gabungan yang terbesar paling berhak untuk membentuk kerajaan dengan menawarkan kepada PN sebagai gabungan kedua mendapat mandat terbanyak.
“Jika ditolak PN, maka bolehlah ditawarkan kepada GPS dan GRS sebagai mengimbangi wakil Malaysia Barat dan Timur.
“Jika ditolak juga, maka pilihan yang ada adalah menawarkan kepada BN untuk bentuk kerajaan.
“Dalam ketiga-tiga pilihan, PH akan punyai cukup bilang,” katanya.
Untuk rekod, Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan paling buruk dalam sejarah politiknya apabila hanya memenangi 30 daripada 178 kerusi yang ditandingi.
Mengulas lanjut, Ridzuan mengingatkan bahawa PH tidak boleh membenarkan gabungan lain membentuk kerajaan memandangkan blok tersebut mendapat mandat kerusi dan undi popular terbanyak.
“Kecuali, PN bersedia bentuk kerajaan bersama BN dan GRS GPS.
“Kemudian kita kembali ke petak pertama. Walhasil balik asal,” tambahnya lagi.
Baca juga Zahid hulur ranting zaitun kepada PH untuk bentuk kerajaan
Baca juga Nama dipangkah sebelum mengundi, tiga rakyat Kelantan hilang hak untuk mengundi