Malaysia Dateline

PH komited laksana empat teras pembangunan di Tasek Gelugor

Pakatan Harapan (PH) Parlimen Tasek Gelugor komited dan serius untuk memajukan kawasan itu menerusi empat teras pembangunan.

Calonnya, Razak Ridzuan ketika ditemui berkata, tawaran PH P. 042 adalah komitmen tanpa mengira agama, bangsa, umur, gender mahu pun latar sosio ekonomi.

Sebaliknya, akan membina komuniti yang prihatin, saling membantu, pintar dan makmur melalui pendekatan yang adil, mesra, bertanggungjawab dan telus.

Katanya, antara khidmat yang ditawarkan ialah memberi khidmat terbaik kepada rakyat dengan penuh etika, adil, mesra dan profesional termasuklah mengendalikan peruntukan pembangunan dengan penuh tanggungjawab, teliti dan telus serta dibentang kepada rakyat Tasek Gelugor secara tahunan.

Sementara itu, jelasnya, empat teras pembangunan yang direncanakan adalah pembangunan Islam, ilmu, ekonomi dan juga pembangunan anak muda

“Melalui pembangunan Islam, masjid-masjid dalam Parlimen Tasek Gelugor akan dijadikan sebagai pusat pelaksanaan Khaira Umnah 2030 dimana melalui Aspirasi Pewaris Khaira Ummah 2030 seramai 500 pelajar Islam menengah terpilih akan mengikuti kursus (AspirasiKu2030).

“Disamping itu, melalui pembangunan ilmu, Akademi Rakyat Tasek Gelugor (ARTG) diwujudkan bagi manfaat pelajar sekolah rendah dan menengah sebagai usaha menangani ‘lost generation’ serta kegagalan murid menguasai 3M.

“Selain itu, akan bekerjasama dengan Yayasan Islam Pulau Pinang bagi mewujudkan KAFA menengah di semua masjid dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor,” kata beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional.

Bagi pembangunan ekonomi pula tegasnya, pejabat pusat khidmat Parlimen Tasek Gelugor akan menjadi pusat memadankan peluang pekerjaan dengan belia yang sedang mencari pekerjaan.

Program latihan untuk kemandirian ekonomi suri rumah dan ibu tunggal akan dikoordinasi seperti jahitan, bakeri, pembungkusan dan data entri. Tasek Gelugor juga akan dipromosikan sebagai ‘destinasi pelancongan’berasaskan’ syurga makanan’ dan ‘eco-tourism’. Ia turut akan membantu mempromosi penjanaan ekonomi menerusi agropreneur.

Untuk pembangunan anak muda pula kata Razak, ‘GIG Economy’ akan dirancakkan lagi melalui kerjasama dengan ayarikat swasta. Ia termasuklah memudahkan urusan lesen kemahiran seperti lesen GDL, PSV, Traktor dan Forklif.

Selain itu tambah beliau, kerjasama akan dijalankan dengan Giatmara, Kolej Komuniti, IKM dan IKBN untuk menceburi TVET dengan mengadakan bengkel khas untuk meningkatkan kemahiran sedia ada.

Akan turut disediakan tegasnya ialah latihan kebolehpasaran ‘marketability training’ orang muda seperti transformasi ekonomi digital, kelas programming dan percetakan 3D.

Baca juga Minta buang ‘pakcik’ belakang tapi reaksi warganet menghiburkan

Baca juga Eh, macam mana tu gula-gula rasa ‘kosong?’