PH mesti rampas semua kerusi Parlimen Kedah

Oleh NASUHA RAHMAN

Kombinasi kesemua komponen Pakatan Harapan (PH) merupakan satu kemestian yang harus dibuktikan sekiranya ingin mengembalikan kuasa pemerintahan kepada PH.

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, begitu juga bagi negeri Kedah yang memerlukan tujuh lagi kerusi Parlimen dirampas menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 tidak lama lagi.

“Bagi memastikan PH berkuasa semula ke Putrajaya kesemua 15 kerusi Parlimen di Kedah harus menjadi penyumbang kepada kejayaan tersebut.

” Kerusi Parlimen Pendang, Jerai, Kubang Pasu, Jerlun, Langkawi, Sik dan Baling yang belum dimenangi dalam PRU yang lalu mesti ditawan pada kali ini.

” Manakala kerusi sedia ada yang dimenangi oleh PH di Kedah mesti dipertahankan bagi memastikan kemenangan majoriti kerusi Parlimen terbabit untuk menentukan keseluruhan kenenangan diperolehi bagi menerajui Putrajaya,” ujar beliau ketika menyampaikan ceramah Jelajah PH di Kulim malam tadi.

Tambahnya, semua jentera komponen mesti bergerak seiring dengan satu iltizam dan tekad serta semangat bahawa kemenangan PKR adalah kemenangan PH dan begitu juga dengan kemenangan AMANAH dan DAP serta kombinasi yang berada dalam PH.

Baca juga: “5 kali beritahu mak, siap ucap selamat pengantin baru cuma tak setuju pilihannya”-Abang Viva akui silapnya teruskan juga perkahwinan

Baca juga: Permohonan ke universiti gagal, Nora restu anak jadi penyanyi warisi bakat arwah suaminya